Tuesday, 11 September 2012

Jom Melukis! : Teori, alat dan bahan lukisan.

Kepada mereka yang berminat nak belajar melukis tapi tak tahu macam mana nak mula, jom belajar di sini.

Sebelum mula melukis, kita kena tahu dulu apa itu lukisan dan alat dan bahan yang digunakan untuk melukis.

JOM!

>>  Apa itu LUKISAN?

  • Merupakan proses awal sebelum sesuatu hasil seni yang lebih rumit. Cth hasil lebih rumit : animasi, komik, catan, reka bentuk dan lain-lain.
  • Biasanya lukisan dimulakan dengan lakaran.  Lakaran tu merupakan lukisan ringkas yang terdiri daripada garisan, lorekan dan titik-titik dan jenis-jenis garisan lain. Lakaran ni proses asal untuk dapatkan gambaran dan posisi sesuai sebelum lukisan yang lebih cantik, kemas dan tersusun dapat dihasilkan. Boleh dikatakan sebagai lukisan yang tidak lengkap.
  • Biasanya lukisan yang lengkap telah dimasukkan ruang, jalinan, ton dan bayang (bahagian gelap dan cerah dalam lukisan). Lukisan yang telah dimasukkan ruang, ton dan bayang dengan lengkap biasanya akan menampakkan ciri-ciri 3 dimensi (kelihatan seakan-akan timbul).
  • Lukisan juga dikategorikan sebagai seni yang menggunakan media kering
  • Contoh media kering : pensel, krayon, oil pastel, soft pastel, pen, berus dan dakwat (yg guna untuk kaligrafi), drawing tablet dan lain-lain.

Contoh Lakaran : - lakaran masih tidak mempunyai bentuk yang kukuh & garisan pula bertindih-tindih.
sumber gambar dari internet.

Contoh Lukisan : - sudah mula menampakkan bentuk, ton dan jalinan.


sumber gambar dari internet.






>> Alat dan Bahan :

Ok. Dah tahu apa tu LUKISAN? Jom kita kenali alat dan bahan yang digunakan untuk melukis.

Alatan 'asas' untuk melukis :

1. PENSEL - pensel ni ada bnyk jenis dan benda kita kena tahu.

a. Jenis pensel.
-> Pensel nib/mekanikal: pensel berbatang besi/plastik. Dakwatnya jenis mata grafit yg nipis - 0.1 mm hingga 0.9 mm.

-> Pensel tekan: jenis ni dakwatnya lebih tebal, seakan, akan mata pensel kayu.

-> Pensel Grafit/Pensel Kayu : biasanya pensel kayu, dalamnya ada dakwat pensel (jenis grafit).

b. Mata / Gred Pensel kayu. 
    -Bagi penggemar pensel kayu, pensel kayu ada gred atau ketebalan/kualiti tertentu.
    -Biasanya dakwat grafit pensel kayu dilabel berdasarkan gred. makin tinggi nombor gred, makin tebal dan pekat mata pensel itu.
    - Nak tahu gred pensel tu, boleh ah tengok di pangkal pensel tu ada dituliskan nombor gred pensel. Biasa kita pakai gred 2B.




   
























2. PEMADAM- pemadam pun ada jenisnya.
A. Click eraser
B. Electric eraser
C. Another click eraser
D. 
Kneadable eraser - new pack and glob
E. BluTack - both strip and glob







A. Click eraser. Korang biasa nampak ni. Jenis kita kena tekan baru keluar pemadam.
B. Electric eraser. Kat luar negara ada jenis ni.. Kat sini xtau ahh..
C. Click Eraser. Jenis ni saya penah ada. Tapi xbest bagi saya sbb saya pakai ganas. Asyik patah.
D. Kneadable eraser. Jenis ni mcm bluetack tapi bukan. Pemadam ni xpadam dakwat pensel secara keseluruhan. Dia akan tinggalkan sikit. Sesuai untuk buat ton/bahagian cerah pada lukisan.
E. Blue tack. Biasanya pakai utk lekatkan kertas atas permukaan dinding. Tapi boleh pakai sbg pemadam. Jenis ni mcm kain serap air, dia akan angkat dakwat pensel atas kertas tu, sampai nampak bentuk tack tu.

kneadable eraser yang menanggalkan sebahagian dakwat sahaja.




Oppss.. Lupa yang paling penting.


TADAHHHH!!! Pemadam getah @ Rubber eraser.. Saya biasa pakai yang jenis ni jelah.. Murah sikit. hehehe..


3. PEMBARIS

Guna yang biasa pun dah ok.  Ada juga jenis pembaris dari set geometri. Yang itu biasanya untuk Lukisan mekanikal.


5. KERTAS : bergantung kepada medium lukisan, kertas untuk melukis boleh mengguankan jenis putih atau berwarna. ada jenis tebal dan ada jenis nipis. Ada juga jenis permukaan lembut dan ada jenis permukaan kasar. Ada bersaiz besar dan ada bersaiz nipis. Pilih yang mana bersesuaian dengan citarasa.  


Alatan 'Khas' untuk melukis

1. PAPER STUMP : kertas gulungan khas yang digunakan untuk blending atau mencampurkan/gosok lukisan. Macam ala2 teknik gosokan tangan@tisu. teknik ni xdelah kotorkan tangan sangat.



2. SET GEOMETRI & JANGKA LUKIS : Jangka lukis untuk lukis bulatan. Pembaris geometrik ni untuk lukisan2 mekanikal yang lain.


3.  PERAUT PENSEL (SHARPENER) / PISAU : untuk menajamkan pensel grafit.




Anda dah tahu kan LUKISAN itu menggunakan media kering? Jadi di sini anda akan mengenali dengan lebih lanjut apa itu media kering .

No comments:

Post a Comment