Apa itu Objek Pegun atau Still Life?
Still life merupakan objek@barangan yang disusun mengikut susun atur tertentu dan sesuai sebelum sesuatu lukisan atau catan itu dihasilkan. Biasanya Still life menggunakan objek sebenar pada situasi sebenar dan pelukis akan melukis objek tersebut sambil memandang objek tersebut. Objek biasanya disusun di hadapan pelukis atau sebelahnya, bergantung kepada sudut pandangan yang pelukis selesa.
Lukisan still life boleh menjadi agak rumit memandangkan pelukis perlu sentiasa melihat objek untuk memastikan kadar banding tidak berubah kerana perubahan pada sudut pandangan atau kedudukan objek akan menyebabkan perubahan pada lukisan dan situasi akan menjadi sukar bagi pelukis.
Lukisan still life umumnya merupakan lukisan benda yang tidak bergerak seperti kerusi atau objek2 lain. Contoh still life termasuklah objek alam (buah, pokok, batu, makanan, bunga, atau kulit2 kerang dll), dan objek buatan manusia (pinggan mangkuk, buku, pasu, perabut, kain, pakaian dan lain-lain). Sesetengah pelukis amatur (baru) yang masih tidak pandai melukis secara terus akan mengambil jalan mudah dengan mengambil gambar susun atur objek tersebut dan melukis berdasarkan gambar yang diambil. Tak mengapa, selagi objek tidak bergerak, ia masih dikira sebagai still life.
Jadi, kalau anda berminat untuk mula melukis, boleh lah mulakan dengan melukis still life.
Contoh karya Still Life :
Cara melukis, lihat di sini.
No comments:
Post a Comment