Pensel warna merupakan salah satu media kering popular di sekolah. Ianya mudah didapati dan mudah digunakan. Dengan menggunakan teknik yang betul, anda akandapat mewarna menggunakan media ini dengan sangat berkesan.
JOM! Kita eksperimen mewarna dengan pensel warna!
Untuk mendapatkan kesan maksimum warna dari pensel warna, teknik paling utama ialah dengan menggunakan teknik warna lapisan (layering). Maksudnya anda perlu mewarna dengan menambah lapisan demi lapisan di atas warna yang sedia ada.
Di sini ditunjukkan satu persatu proses mewarna menggunakan teknik layering :
Mula2 praktis tekanan tangan bila buat gosokan pensel warna dulu (eksperimen teknik menggosok pensel warna)... Cuba gosok pensel bermula gelap ke cerah, cerah ke gelap kemudian cerah sahaja, seperti gambar di bawah. Untuk mewarna bahagian gelap, tekan pensel atas kertas, warna akan menjadi lebih gelap. Jika dikurangkan tekanan pensel ke atas kertas, warna akan beransur pudar... Praktis itu dulu utk memudahkan mewarna bahagian ton gelap dan cerah...
Pegang pensel mcm ni pun ok (ikut keselesaan)
Warna beransur dari gelap ke cerah.. Ini kita panggil sebagai teknik gosokan pensel.
Bila rasa-rasa dh mahir sikit, boleh lah kita lapiskan dengan warna lain. Guna cara sama juga.(sini guna warna kuning)
Dari kiri: warna coklat atas cerah, bawah semakin gelap, timpa dengan warna kuning, sama tekanan, warna akan nampak pekat.
Tengah: coklat sama tekanan (xde terang gelap). Cuba warna lapisan kuning dari gelap ke cerah.
Kanan: Coklat atas gelap, bawah makin cerah. Kuning bermula gelap semakin cerah..
Boleh cuba main2 dulu dengan konsep tekanan pensel. Rasa2 dah boleh kawal pergerakan tangan tu jadi mcm kat atas, ok lah tu..
Ok.. cuba main2 mcm ni pula.. Gabungkan 3 warna dlm satu lapisan yang sama....
Warna guna : coklat, ungu, kuning..
Eksperimen tekanan pensel.. Kemudian campur warna lain di atasnya, kemudian campur warna ketiga di atasnya.. Boleh cuba dengan warna2 lain... Kadang2 gabungan warna yang sebegini boleh menghasilkan warna yang cantik (atau buruk)...huhuhu... Takpe, main2 lagi dengan warna2 lain pula..
Ok, puas eksperimen? Sekarang ni kita akan cuba eksperimen kedua pula... Bermula dengan lukisan sehingga warna... Saya akan tunjukkan cara menggabung warna utuk menghasilkan lukisan bewarna dengan ton.. daripada lukisan 2D menjadi kelihatan 3D.. Jom!!
Sediakan alatan2 berkaitan: pensel, pemadam. Pensel boleh pakai apa2 pensel pun. Selagi bila melukis nanti jangan over sangat. Kalau boleh, biar warnanya cair supaya kesan warna pensel tak kelihatan sangat bila mewarna...
OK JOM!
Mulakan dengan melukis bulatan. Jadikan dua bulatan supaya kita boleh mewarna bulatan dalam keadaan satu bulatan terdedah dan satu lagi terlindung (tidak terkena cahaya)...
Pilih warna2 berikut... Yang agak senada. Nak pakai warna sama pun xpe, nak pakai warna lain pun xpe.
Warna digunakan : coklat gelap, coklat cair, hitam, kelabu.
1.
2.
Warnakan dengan coklat cerah seperti ditunjukkan pada no 2. Pastikan ambil perhatian bahawa di bahagian bawah lebih gelap dr atas kerana cahaya dari atas dan bahagian bawah yang kurang terkena cahaya akan kelihatan lebih gelap kerana terkena bayang.
3.
Masukkan bayang di bawah bulatan. Ini kerana bayang objek biasanya akan jatuh ke bawah objek. Bahagian paling dekat dengan objek akan menjadi makin gelap.
4.
Pada bola kedua, bahagian lebih gelap bertambah kerana bola kedua ditimpa bayang bola pertama. bahagian peling dekat dengan titik pertemuan bola satu dan dua biasanya lebih gelap kerana bayang masing2 akan terkena antara satu sama lain.
5.
masukkan juga bayang bola pada bola kedua. jarak bayang tidak boleh terlampau besar kerana cahaya dianggarkan menyinari bola dari jarak jam 12, di depan sikit bahagian bola tu.
6.
Lapiskan dengan warna kelabu di atas warna coklat cerah tadi untuk menampakkan kesan bayang. tambahkan juga bayang bawah bola untuk menampakkan kesan bayang dengan lebih jelas.
7.
Perkara yang sama untuk bola kedua.
8.
Ianya akan kelihatan begini.
9.
Lapiskan dengan warna hitam. bermula gelap beransur cerah. penekanan warna hitam diberi pada bahagian paling kuat bayangnya.
10.
Ianya akan jadi begini.
11.
Lapiskan coklat gelap di bahagian tertentu dan kawasan gelap. untuk nampakkan lebih pekat.
12.
Lapiskan sepekat2nya warna coklat cair atas semua lapisan tadi. Xmo pekat sgt, kita guna teknik dari pekat ke cair (dari bawah ke atas)... Tinggalkan sikit warna putih kertas atas bola tu untuk nampak kesan limpahan cahaya.
13.
Akan jadi seperti ini. Perkara sama juga pada bola kedua. seperti di bawah.
14.
Lebihkan warna pada bola kedua untuk menunjukkan bahagian yang lebih gelap. Anda boleh biarkan begini atau tambah lagi warna hitam untuk jadikan ia lebih gelap. Selamat mencuba!
Bola yang diwarnakan dengan warna hitam yang berlebihan.. Pilih yang mana anda suka.
* Tambahan :
Untuk nampak efek yang lebih cantik, anda boleh lapiskan warna putih ke atas keseluruhan warna di atas. Lukisan pensel warna anda nanti akan kelihatan seperti gebu...(sesuai utk lukis muka orang) ..
Ini bola yang dah dilapiskan dengan warna putih.. Nampak gebu sikit kan?
OK. Itu sahaja teknik layering + gosokan pensel ... Selamat Mencuba!!
\\(^0^)// yahuu!!
salam...blog anda sangat membantu...mohon izin untuk guna ilmu ini untuk murid sekolah...terima kasih..
ReplyDeleteSilakan. Sharing is caring..
Deletesaya nak lukis pemandangan di tepi pantai pada waktu senja....warna apa ye yang ade?
ReplyDeletepemandangan waktu senja banyak berkaitan dengan warna panas dan sejuk.. bergantung pada jenis pemandangan waktu senja. ada waktu senja yg banyak warna jingga kemerahan. ada yang banyak warna biru kehitaman (waktu matahati hampir habis terbenam). Bergantung pada situasi, pemilihan warna pun berbeza. kalau situasi pertama , warna panas yg terlibat: kuning, merah, jingga. sikit biru gelap utk bayang... Kalau warna sejuk: biru cair, biru gelap, sikit jingga/merah, hitam. Tapi saya suka mengingatkan, KURANGKAN WARNA HITAM dalam lukisan pensel warna.. Hitam hanya utk bahagian PALING GELAP dalam lukisan pensel warna..
Deletemacam mana nak buat warna kuning langsat ye?
DeleteThank you very much!!! You help me a lots!!!
ReplyDeleteU're welcome...! i'm glad it can help u.. keep doing artworks! :)
Deletecantiknyeeee......ahad ni ade pertandingan mewarna kat skolah..nak cube apply..tqvm =)))
ReplyDeleteTry... Jgn xtry... All the best..!!
ReplyDeletewahhh.
ReplyDeletewahhh.
ReplyDeleteJenama warna pensel apa yg farah fauzi gunakan? Mohon reply sebab saya nak gunakan jenama yang sama dengan farah fauzi pakai untuk pertandingan yang bakal saya sertai.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteSorry. 3 jenama saya suka. Steadler Luna, Faber Castell, Stabilo Swan. Warna2 ni kalau buat campuran warna agak menjadi. Terutama Steadler.
DeleteSorry. 3 jenama saya suka. Steadler Luna, Faber Castell, Stabilo Swan. Warna2 ni kalau buat campuran warna agak menjadi. Terutama Steadler.
Deleteharini saya ade pertandingan mewarna untuk hari bapa bole tak bagi tips untuk saya mewarna harini
ReplyDeletekalau colour pansel tidak mencukupi campuran warna apa yaang dapat kita jadikan warna yang tiada please reply
ReplyDeleteSorry. Utk gbungan warna, bgantung pada jenis warna yg kita guna. Ada jenis warna yg bila campur, mnjadi, ada yg x. Saya xtau warna apa yg aida xde so susah nak bg panduan. Kalau nak tau panduan gabungan warna, cuba google color wheel. Di situ ada tunjuk apa warna terhasil kalau kita gabung warna tertentu.
Deletetolong la reply
ReplyDeletentah sengal ke ape. bodo punya budak hafiz
ReplyDeleteTq, sbb berkongsi ilmu
ReplyDeletewarna apa yang sesuai untuk mewarna reben yea..mohon tips
ReplyDeleteIkut warna pilihan. Tapi sebaik2nya kontra dengan background. Paling penting, kena blending warna utk nampak impak 3D
Deletetq, sangat membantu
ReplyDeleteTq..banyak ilmu mewarna yang sy dapat.
ReplyDeleteKalau body basikal warna biru macan mana cara nak buat terang gelap
ReplyDeleteTolonglh ajar
DeleteWahhh tqvm because of yoor knowledge I win my poster Contents 🎉😘
DeleteTerima kasih
ReplyDeleteHalalkan sy gunakan ni utk mengajar dan belajr bersama studen sy ye
Macam mana saya nak buat warna kelabu adakah menggunakan pensel warna hitam dan putih.
ReplyDelete