Sunday 22 December 2019

Airbrush, an interactive worksheet by farahfauzi85
liveworksheets.com

Friday 5 October 2012

Jom Melukis! : Eksperimen Lukisan Pensel

Pensel merupakan media paling popular dalam seni. Kalau xde pensel tak jadilah lakaran. kalau xde pensel, xjadilah lukisan. kalau xde pensel xjadilah catan. Disebabkan pentingnya pensel, maka amat perlu bagi seseorang peminat seni untuk mempelajari teknik asas melukis menggunakan pensel.. Biasakan diri terlebih dahulu dengan pensel, anda tidak akan takut untuk memulakan lukisan..

JOM!!

Perkara paling penting dalam lukisan ialah teknik lakaran. Lakaran tu lukisan asas @ cincai sebelum lukisan yang lebih sempurna dapat dilukis. Hanya sebagai permula sesuatu idea.. Kalau kita ada idea2 hebat, cmne kita nak tunjukkan kat orang? Kalo sebut sahaja, xmungkin org akan faham.. Sekurang2nya kita kena tahu camne nak melakar idea hebat kita supaya org boleh turut sama faham...  Di sini merupakan antara teknik lakaran yang biasa digunakan... 









































Jangan rasa tertipu... ini bukan penipuan.. Ini betul2 teknik2 lakaran yang hebat utk latihan tangan supaya kita boleh menghasilkan lakaran2 dan idea2 hebat di masa akan dtg..  Praktis dulu menggunakan pensel 2B jenis kayu (bukan pensel nib ye..).. Kalau anda mahir guna teknik ni, anda selangkah ke hadapan menuju ke arah memperhebatkan kemahiran melukis anda.. GAMBATE!!! XD


Lepas ni saya akan tunjuk, camne cara nak gunakan teknik ni menjadi lakaran yang bagus.. TUNGGU....!!!!!

Tuesday 2 October 2012

Lukisan : Jom! Eksperimen Pensel Warna

Ini merupakan Langkah demi langkah eksperimen pensel warna....


Pensel warna merupakan salah satu media kering popular di sekolah. Ianya mudah didapati dan mudah digunakan. Dengan menggunakan teknik yang betul, anda akandapat mewarna menggunakan media ini dengan sangat berkesan.

JOM! Kita eksperimen mewarna dengan pensel warna!

Untuk mendapatkan kesan maksimum warna dari pensel warna, teknik paling utama ialah dengan menggunakan teknik warna lapisan (layering). Maksudnya anda perlu mewarna dengan menambah lapisan demi lapisan di atas warna yang sedia ada.

Di sini ditunjukkan satu persatu proses mewarna menggunakan teknik layering :


Mula2 praktis tekanan tangan bila buat gosokan pensel warna dulu (eksperimen teknik menggosok pensel warna)... Cuba gosok pensel bermula gelap ke cerah, cerah ke gelap kemudian cerah sahaja, seperti gambar di bawah. Untuk mewarna bahagian gelap, tekan pensel atas kertas, warna akan menjadi lebih gelap. Jika dikurangkan tekanan pensel ke atas kertas, warna akan beransur pudar... Praktis itu dulu utk memudahkan mewarna bahagian ton gelap dan cerah...

Pegang pensel mcm ni pun ok (ikut keselesaan)
 

Warna beransur dari gelap ke cerah.. Ini kita panggil sebagai teknik gosokan pensel.


Bila rasa-rasa dh mahir sikit, boleh lah kita lapiskan dengan warna lain. Guna cara sama juga.(sini guna warna kuning)

Dari kiri: warna coklat atas cerah, bawah semakin gelap, timpa dengan warna kuning, sama tekanan, warna akan nampak pekat.

Tengah: coklat sama tekanan (xde terang gelap). Cuba warna lapisan kuning dari gelap ke cerah.

Kanan: Coklat atas gelap, bawah makin cerah. Kuning bermula gelap semakin cerah..

Boleh cuba main2 dulu dengan konsep tekanan pensel. Rasa2 dah boleh kawal pergerakan tangan tu jadi mcm kat atas, ok lah tu..

Ok.. cuba main2 mcm ni pula.. Gabungkan 3 warna dlm satu lapisan yang sama....

    Warna guna : coklat, ungu, kuning..

    Eksperimen tekanan pensel.. Kemudian campur warna lain di atasnya, kemudian campur warna ketiga di atasnya.. Boleh cuba dengan warna2 lain... Kadang2 gabungan warna yang sebegini boleh menghasilkan warna yang cantik (atau buruk)...huhuhu... Takpe, main2 lagi dengan warna2 lain pula..














Ok, puas eksperimen? Sekarang ni kita akan cuba eksperimen kedua pula... Bermula dengan lukisan sehingga warna... Saya akan tunjukkan cara menggabung warna utuk menghasilkan lukisan bewarna dengan ton.. daripada lukisan 2D menjadi kelihatan 3D.. Jom!!

Sediakan alatan2 berkaitan: pensel, pemadam. Pensel boleh pakai apa2 pensel pun. Selagi bila melukis nanti jangan over sangat. Kalau boleh, biar warnanya cair supaya kesan warna pensel tak kelihatan sangat bila mewarna...





OK JOM!

Mulakan dengan melukis bulatan. Jadikan dua bulatan supaya kita boleh mewarna bulatan dalam keadaan satu bulatan terdedah dan satu lagi terlindung (tidak terkena cahaya)...



Pilih warna2 berikut... Yang agak senada. Nak pakai warna sama pun xpe, nak pakai warna lain pun xpe.
Warna digunakan : coklat gelap, coklat cair, hitam, kelabu.
1. 
2. 
Warnakan dengan coklat cerah seperti ditunjukkan pada no 2. Pastikan ambil perhatian bahawa di bahagian bawah lebih gelap dr atas kerana cahaya dari atas dan bahagian bawah yang kurang terkena cahaya akan kelihatan lebih gelap kerana terkena bayang.

3.
    Masukkan bayang di bawah bulatan. Ini kerana bayang objek biasanya akan jatuh ke bawah objek. Bahagian paling dekat dengan objek akan menjadi makin gelap.

4. 
Pada bola kedua, bahagian lebih gelap bertambah kerana bola kedua ditimpa bayang bola pertama. bahagian peling dekat dengan titik pertemuan bola satu dan dua biasanya lebih gelap kerana bayang masing2 akan terkena antara satu sama lain.

5. 
masukkan juga bayang bola pada bola kedua. jarak bayang tidak boleh terlampau besar kerana cahaya dianggarkan menyinari bola dari jarak jam 12, di depan sikit bahagian bola tu.

6. 
Lapiskan dengan warna kelabu di atas warna coklat cerah tadi untuk menampakkan kesan bayang. tambahkan juga bayang bawah bola untuk menampakkan kesan bayang dengan lebih jelas.

7. 
Perkara yang sama untuk bola kedua.

8. 
Ianya akan kelihatan begini.

9. 
Lapiskan dengan warna hitam. bermula gelap beransur cerah. penekanan warna hitam diberi pada bahagian paling kuat bayangnya.

10.
Ianya akan jadi begini.

      
 11.
Lapiskan coklat gelap di bahagian tertentu dan kawasan gelap. untuk nampakkan lebih pekat.


12. 
Lapiskan sepekat2nya warna coklat cair atas semua lapisan tadi. Xmo pekat sgt, kita guna teknik dari pekat ke cair (dari bawah ke atas)... Tinggalkan sikit warna putih kertas atas bola tu untuk nampak kesan limpahan cahaya.
   
13.
Akan jadi seperti ini. Perkara sama juga pada bola kedua. seperti di bawah.

14. 
Lebihkan warna pada bola kedua untuk menunjukkan bahagian yang lebih gelap. Anda boleh biarkan begini atau tambah lagi warna hitam untuk jadikan ia lebih gelap. Selamat mencuba!


Bola yang diwarnakan dengan warna hitam yang berlebihan.. Pilih yang mana anda suka.




* Tambahan :

Untuk nampak efek yang lebih cantik, anda boleh lapiskan warna putih ke atas keseluruhan warna di atas. Lukisan pensel warna anda nanti akan kelihatan seperti gebu...(sesuai utk lukis muka orang) ..



Ini bola yang dah dilapiskan dengan warna putih.. Nampak gebu sikit kan?


OK. Itu sahaja teknik layering + gosokan pensel ... Selamat Mencuba!!

\\(^0^)// yahuu!!









Saturday 29 September 2012

Catan : Cat Minyak

Cat minyak merupakan media basah bukan berasaskan air yang paling popular di kalangan artis tanah air dan pelajar2 seni. Kenapa pilih catan cat minyak?

Dikenali seantero dunia...!  Woahoooo..!!

Apa maksudnya..?

Catan cat minyak sangat banyak digunapakai oleh master artist.. Apa itu master artist? Master artist merupakan pengamal seni (individu yang terlibat dalam menghasilkan karya seni- karya seni tu hasil seni seperti lukisan catan dan lain-lain) antarabangsa yang berjaya secara langsung atau tidak langsung menghasilkan karya2 agung yang hebat dalam dunia seni visual. Majoriti daripada mereka merupakan artisan yang berjaya mencipta teknik baru dalam penghasilan seni visual. Majoriti daripada hasil mereka yang popular merupakan merupakan karya seni yang dihasilkan menggunakan cat minyak. Jadi cat minyak ini bolehlah dikira sebagai media basah paling tersohor.. Kalo dapat hasilkan satu tu pun dh mcm ada feel mcm profesional gitu... (^_^)


    'Mona Lisa' karya Leonardo DaVinci merupakan antara catan cat minyak paling popular. Siap jadi tajuk filem dan dikenalkan dalam filem lagi... Mona Lisa ni sendiri pun xtau dia boleh jadi popular sampai cmtu..Apatah lagi pelukisnya..

Bergantung kepada cara penghasilan, bahan dan teknik digunakan, dan cara penjagaannya, catan cat minyak boleh disimpan sangat lama dan sangat tahan sehingga berkurun lamanya... (beratus tahun tau..).. Okeh. sekarang kita dah tau kenapa artisan suka cat minyak. Jom kenal apa alatan sesuai untuk catan cat minyak.

1. Warna

Warna cat minyak ada banyak jenama. Tapi utk hasilkan warna cat minyak, bukan sebarang jenama boleh buat. Tak sama mcm cat poster atau cat air, cat minyak jarang dihasilkan oleh syarikat yang bukan2. Pendek kata, kalau ada jumpa cat minyak dijual di mana2 kedai, ianya dh cukup bagus.. Mungkin masalah pada daya tahannya sahaja... (mungkin)... . Kalo nak yg harga murah, xsure sgt sbb saya jarang buat catan cat minyak, bolleh cuba guna jenama yang biasa saya guna iaitu jenama 'Artist'.  Harganya agak murah..dan tahan lasak (bagi saya lah).. Mungkin sbb bahannya yang agak pekat, atau mungkin juga kerana ianya dihasilkan utk catan yg tahan lama dan lasak (kalis air), cat minyak biasanya dijual pada harga yang agak tinggi. Jadi kalo nk dpt cat minyak harga terlampau murah tu, bolehlah cuba hasilkan sndiri (kalau mampu lah..)... 

Contoh cat minyak :






2. Bingkai dan kain 

Catan cat minyak xsama seperti catan media basah yang lain. Disebabkan bahan (material) cat minyak yang berminyak, penggunaan kertas sebagai permukaan untuk catan cat minyak biasanya akan merosakkan kertas tersebut dan membawa kepada daya tahan catan yang lemah. Maksudnya , kalau guna kertas lukisan untuk hasilkan catan cat minyak, catan itu xkan tahan lama. Ini kerana minyak pada catan cat minyak itu akan diserap oleh kertas menyebabkan cat itu tidak kurang berkilat dan berminyak (kilatan catan dtg dr minyak). Sifat kertas yang menyerap minyak akan menyebabkan catan nampak pudar, malap dan tidak bermaya. Lagipun kertas cepat koyak, rugi cat mahal buat atas kertas.  

Oleh itu, bingkai dan kain kanvas digunakan sebagai permukaan untuk catan cat minyak.

Kenapa kain kanvas dan bingkai? Kain cuma untuk permukaan asas. Kain ini nnti akan dilapiskan dengan cat atau bahan lain sebagai pelapis untuk menghalang minyak masuk atau menembusi permukan kain. (kadang2 masih boleh tembus). Walaubagaimanapun, kain masih boleh menampung kuantiti minyak yang banyak dan tidak mudah rosak dan koyak bila basah.

Untuk menghasilkan catan cat minyak yang bagus, ada 2 bahan utama yang penting sebagai permukaan catan.
   a. Bingkai.
   b. Kain

a. Bingkai
    - Bingkai ni bukan bingkai jenis lawa2 yang kita guna untuk letak gambar tu ye.. Bingkai ni kayu biasa @ plain tanpa corak yang dicantum untuk kita regangkan kain kanvas. Kita tak lukis atas bingkai tu. Bingkai cuma berfungsi sebagai bahan untuk memastikan kain tu meregang dengan baik. Kerana kain yang regang lebih sesuai untuk penghasilan catan cat minyak. 

Bingkai untuk catan cat minyak biasanya menggunakan kayu. Untuk tahan lama, gunakan kayu yang tebal sikit. Penggunaan kayu bergantung kepada saiz catan yang nak dihasilkan. Kalau catan kecil, kayu lebih nipis dan kecil digunakan. Begitu juga sebaliknya. Biasanya bingkai untuk catan cat minyak bersaiz kecil mcm ni ;



Selain bingkai, boleh juga gunakan papan nipis atau papan lapis sebagai ganti bingkai... (hanya untuk saiz kecil) 


b. Kain

Kain yang sesuai untuk catan cat minyak biasanya kain kanvas. Kain kanvas ni biasanya kain yang tebal dan tahan lasak. Makin tebal makin baik. Tapi tak semestinya perlu juga cari yang tebal, cukuplah sekadar tebal sikit je dari kemeja sekolah tu.

Kain kanvas tu apa dan camne kita nak tau kain kanvas tebal camne yang elok?

Seperti dinyatakan, kain kanvas ni lebih tebal dari kain kapas (cotton) biasa. Selain kapas, kain kanvas ada juga yang diperbuat daripada linen dan kain kanvas yg diperbuat daripada linen biasanya lebih tebal daripada lain kanvas yang diperbuat daripada kapas.  Lebih tebal sesuatu kain kanvas, kain itu akan lebih tahan lasak dan mampu menerima serapan minyak yang banyak dan menjadikannya lebih kalis air.

Contoh paling mudah nak kenal kain kanvas ialah kasut sekolah kita (yang jenis kain tu_ cth- kasut Pallas). Kainnya tebal, kan? Kain apa paling minima boleh guna? Tebalnya macam kain sekolah budak perempuan. Budak perempuan sekarang banyak guna kain nipis satin atau kain cotton biasa. Tapi masa saya kecik dulu, kain mak saya guna kain cotton tebal. Ketebalan tu lah sebenarnya ketebalan yang minima utk catan cat minyak. Kain setebal kain seluar sekolah budak lelaki juga elok. Cukup tebal.


    Kain kanvas sebelum diregangkan.


    Dari jarak dekat, kain kanvas nampak kasar.


    Ada kain kanvas yang lebih kasar.


Bagaimana nak jadikannya permukaan untuk catan cat minyak?

Kain kanvas ini akan diregangkan pada bingkai. Seboleh2nya pastikan kain sangat regang - lebih regang lebih bagus.Ini kerana makin regang kain itu, makin mudah untuk kita hasilkan catan di atasnya. Bila kain menjadi sangat regang, ia akan kelihatan regang dan keras mcm kertas. Biasanya (cara saya) kain itu saya akan lekatkan pada bingkai menggunakan stapler gun. Anda boleh juga gunakan paku atau paku tekan untuk pastikan kain melekap pada bingkai.

     Stapler gun



     Paku tekan.


 

    Kadangkala bahagian hujung bingkai dipasikan dengan papan nipis untuk jadikan kain lebih regang (biasanya untuk bingkai yang besar- bergantung kepada citarasa)


Namun begitu, kita tak terus hasilkan catan ni atas kain. Kain yang diregangkan ini akan dilapiskan dengan cat putih (atau warna apa2 je yang anda rasa nak warna - biasanya kanvas dilapiskan dengan warna putih). Pakai cat kapur biasa yang kita cat dinding tu pun dah ok.  Ini dipanggil sebagai undercoat. Biarkan kering, baru kita boleh mula mewarna atas kanvas ini. Undercoat fungsinya untuk menghalang minyak meresap terlampau banyak ke kanvas dan memangjangkan tempoh hayat kain kanvas. Ada juga artisan yang menghasilkan undercoat dengan pelbagai jalinan sebagai satu cara menampakkan kesan lebih menarik pada catan.


    Menghasilkan undercoat pada kain kanvas.


    Jalinan undercoat pada kain kanvas.



Rupa kanvas bila diregangkan atas bingkai.


    Ini kanvas jenis nipis untuk catan yang bersaiz kecil. Kalau tengok tepinya nipis, itu maknanya dia pakai kayu nipis, kalau xde lubang di bahagian tengah, itu maksudnya dia guna papan lapis (plywood). 

    Bingkai yang besar biasanya ditambah lapisan kayu di bahagian tengah untuk mengukuhkan bingkai di samping mengelakkan bingkai melengkung. 


3. Berus

Berus untuk catan cat minyak ni xperlu yang terlampau mahal pun xpe. Disebabkan cat minyak itu tebal dan likat serta pekat dan bila kita guna pun nak pekat juga, bagi mereka yang kedekut, anda boleh gunakan berus jenis murah2 yang anda jumpa di pasaran tu. Alaaa.. yang sebatang 50sen tu pun boleh...  kalau boleh, jenis yang mata leper. Ini kerana kebanyakan teknik dalam catan cat minyak banyak memerlukan penggunaan berus mata leper. 
Pelbagai jenis berus untuk catan cat minyak.







4. Palet

Biasanya palet untuk catan cat minyak menggunakan papan. Palet catan cat minyak ada dijual di kedai2 barangan seni tapi anda juga boleh menghasilkan sendiri palet menggunakan bahan2 di sekeliling. Selagi ianya permukaan yang boleh menahan atau menampung serapan minyak, ianya juga boleh digunakan. Contohnya, kaca cermin, bekas plastik, papan pelapik kek (kalau beli kek, ada papan kat bawah kek tu) dan sebagainya. Papan digunakan kerana papan boleh menahan minyak dan apabila cat minyak kering, cat ini mudah ditanggalkan tanpa meninggalkan terlampau banyak kesan dan boleh diguna semula.  


    Palet dijual di kedai yang jenis plastik.


   Palet jenis papan lapis.



5. Bekas cuci berus

Bekas untuk cuci berus mestilah jenis yang tahan lasak. Pastikan ianya mesti boleh menahan daya hakisan thinner atau turpentin. Paling baik ialah bekas/botol kaca. Atau sebarang bekas plastik yang tebal. Polisterin tidak digalakkan kerana nipis dan senang terhakis.
  

6. Kain lap

Kain lap boleh guna apa2 kain buruk yang xnak digunakan.


7. Alatan tambahan

a. Easel

Apa2 jenis easel pun boleh. Kalau xde pun xpe.



b. Pisau Palet (Palette Knife)

Bukan pisau. Ianya merupakan alatan yang digunakan untuk teknik2 khas seperti impasto.





    Teknik-teknik khas guna palette knive
 

  
c. Turpentine @ thinner

Bahan pencuci berus cat minyak. Cat minyak sangat pekat dan likat. Bahan yang boleh mencucinya hanya bahan2 ini. Tapi perlu berhati2 kerana bahan ini merupakan bahan penghakis dan boleh menghakis kulit kita.



d. Minyak Linsid (Linseed oil)

Minyak linsid merupakan bahan pelarut (pencair) cat minyak. Kalau catan cat air menggunakan air sebagai bahan pelarut, cat minyak menggunakan minyak linsid. Tak semestinya minyak linsid, selagi ada bahan lain yang boleh mencairkan cat minyak, bolehlah guna.. Ada bnyk jenama linsid oil. nak jimat cari yang paling murah. Xbanyak bezanya pun. Ada jenis minyak linsid jernih dan ada yang kekuningan. Jenis kekuningan akan menyebabkan warna pada cat minyak kelihatan kekuningan. Yang jernih (clear) tidak akan merubah warna cat. Bergantung pada citarasa. Kadangkala perubahan warna cat kepada kekuningan (sikit) akan menyebabkan warna cat nampak lebih menarik.







Sedikit tambahan mengenai catan cat minyak.

Menghasilkan catan cat minyak boleh menjadi sangat serabai dan berselerak (messy). Memandangkan barangannya yang banyak dan baunya yang kuat, catan cat minyak boleh menyebabkan bau kuat memenuhi ruang rumah. Pastikan bila nak hasilkan catan cat minyak, kita bersedia dengan bahan menyerap bau ataupun bilik khas untuk mengelakkan baunya melekat pada perabot dan baju. Pakai baju khas atau apron untuk mengelakkan cat melekat pada kain baju kerana cat minyak sukar dicuci jika terlekat pada kain. Kena pakai thinner dan thinner kadangkala akan merosakkan kain. Maka berhati2 ketika menggunakan bahan2 ini. Untuk orang yang mengandung, dilarang gunakan bahan2 cat minyak kerana bahannya yang berkimia tinggi boleh merosakkan kandungan. jauhkan juga dari kanak2 kerana thinner boleh merosakkan kulit dan cat minyak yang sekiranya masuk dalam mulut mungkin boleh menyebabkan reaksi kimia.

Beginilah situasi jika anda melibatkan diri dalam catan cat minyak








Ok.. Selamat berkecimpung dalam dunia catan cat minyak!!!! (^0^)//