Showing posts with label Lukisan. Show all posts
Showing posts with label Lukisan. Show all posts

Friday, 5 October 2012

Jom Melukis! : Eksperimen Lukisan Pensel

Pensel merupakan media paling popular dalam seni. Kalau xde pensel tak jadilah lakaran. kalau xde pensel, xjadilah lukisan. kalau xde pensel xjadilah catan. Disebabkan pentingnya pensel, maka amat perlu bagi seseorang peminat seni untuk mempelajari teknik asas melukis menggunakan pensel.. Biasakan diri terlebih dahulu dengan pensel, anda tidak akan takut untuk memulakan lukisan..

JOM!!

Perkara paling penting dalam lukisan ialah teknik lakaran. Lakaran tu lukisan asas @ cincai sebelum lukisan yang lebih sempurna dapat dilukis. Hanya sebagai permula sesuatu idea.. Kalau kita ada idea2 hebat, cmne kita nak tunjukkan kat orang? Kalo sebut sahaja, xmungkin org akan faham.. Sekurang2nya kita kena tahu camne nak melakar idea hebat kita supaya org boleh turut sama faham...  Di sini merupakan antara teknik lakaran yang biasa digunakan... 









































Jangan rasa tertipu... ini bukan penipuan.. Ini betul2 teknik2 lakaran yang hebat utk latihan tangan supaya kita boleh menghasilkan lakaran2 dan idea2 hebat di masa akan dtg..  Praktis dulu menggunakan pensel 2B jenis kayu (bukan pensel nib ye..).. Kalau anda mahir guna teknik ni, anda selangkah ke hadapan menuju ke arah memperhebatkan kemahiran melukis anda.. GAMBATE!!! XD


Lepas ni saya akan tunjuk, camne cara nak gunakan teknik ni menjadi lakaran yang bagus.. TUNGGU....!!!!!

Friday, 21 September 2012

Jom Buat! Lukisan Objek Pegun @ Still Life

Maklumat mengenai objek pegun atau still life ada di sini

Mari mencuba melukis objek still life langkah demi langkah...!

Klik pada gambar untuk merujuk proses lukisan still life.


Cara ton:
 




Cara warna (soft pastel):

 




Video cara melukis still life :

Kalau nak melukis, lebih baik tengok video daripada tgk gambar step by step. Lebih jelas, lebih mudah. 







Objek Pegun (Still life)

Apa itu Objek Pegun atau Still Life?

Still life merupakan objek@barangan yang disusun mengikut susun atur tertentu dan sesuai sebelum sesuatu lukisan atau catan itu dihasilkan. Biasanya Still life menggunakan objek sebenar pada situasi sebenar dan pelukis akan melukis objek tersebut sambil memandang objek tersebut. Objek biasanya disusun di hadapan pelukis atau sebelahnya, bergantung kepada sudut pandangan yang pelukis selesa.

Lukisan still life boleh menjadi agak rumit memandangkan pelukis perlu sentiasa melihat objek untuk memastikan kadar banding tidak berubah kerana perubahan pada sudut pandangan atau kedudukan objek akan menyebabkan perubahan pada lukisan dan situasi akan menjadi sukar bagi pelukis.

Lukisan still life umumnya merupakan lukisan benda yang tidak bergerak seperti kerusi atau objek2 lain. Contoh still life termasuklah objek alam (buah, pokok, batu, makanan, bunga, atau kulit2 kerang dll), dan objek buatan manusia (pinggan mangkuk, buku, pasu, perabut, kain, pakaian dan lain-lain)Sesetengah pelukis amatur (baru) yang masih tidak pandai melukis secara terus akan mengambil jalan mudah dengan mengambil gambar susun atur objek tersebut dan melukis berdasarkan gambar yang diambil. Tak mengapa, selagi objek tidak bergerak, ia masih dikira sebagai still life.


Jadi, kalau anda berminat untuk mula melukis, boleh lah mulakan dengan melukis still life.


Contoh karya Still Life  :
















Cara melukis, lihat di sini.

Figura

Figura berkait rapat dengan potret. Kalu potret memberi penekanan pada wajah, Figura pula memberi penekanan pada bentuk badan@aksi tubuh badan.

Dalam lukisan figura, model kadangkala tahu dirinya dijadikan model atau subjek. Sebahagian besar pula tidak tahu dia menjadi subjek lukisan. Ini kerana pelukis lebih memberi tumpuan terhadap anggota tubuh badan dan kadar banding tubuh badan subjek itu. Biasanya lukisan figura tidak memberi perhatian pada wajah kerana ianya bukanlah sasaran utama.

Contoh lukisan figura :


Jom Buat! Lukisan Potret Langkah demi Langkah


Seperti saya terangkan sebelum ni, saya xpandai lukisan potret. Muka pon xnampak sama sgt. Tapi sikit2 boleh ahh.. Sampai sekarang masih cuba berlatih untuk nampak lebih realistik. Haih ~

Ini antara contoh lukisan potret yang dihasilkan langkah demi langkah. Klik pada gambar untuk ke bahagian langkah demi langkah (tutorial org lain dan dalam Bahasa Inggeris).

Cara melukis potret (cara lukisan grid) :



























Cara menghasilkan ton dan bayang pada lukisan potret :





Di sini ada video lukisan pantas (org lain punya juga)


>> Menggunakan pensel





>> Menggunakan pensel arang





>> Menggunakan kertas berwarna dan arang putih





>>  Menggunakan kertas berwarna dan arang/pensel arang





>> Menggunakan pensel warna





>> Menggunakan soft pastel





Selamat Mencuba!!

Thursday, 20 September 2012

Melukis Potret

Saya xberapa pandai melukis potret. Tapi saya banyak kali cuba (wpun sudahnya muka xnmpak sama sgt). Walau bagaimanapun xsemestinya org lain xleh melukis potret. Jadi, saya akan jelaskan dulu apa itu potret.

Potret merupakan lukisan yang menumpukan pada wajah seseorang. Biasanya kawasan atau bahagian yg dilukis adalah bahagian keseluruhan muka termasuk rambut. Kadangkala sebahagian besar anggota badan juga dilukis dlm potret. Ada juga potret yg melukiskan keseluruhan anggota badan (dari hujung rambut smpai hujung kaki) model@subjek (org yang dilukis). Secara umumnya, dlm lukisan potret, model@subjek tahu bahawa pelukis sedang melukiskan wajahnya dan dia kadangkala memberikan pose atau lagak tertentu untuk dilukis. Lukisan potret juga memberikan penekanan utama pada wajah subjek berbanding anggota badannya yg lain.

Potret berkait rapat dengan figura.



Contoh gambar potret :















































































Cara melukis potret >>

Wednesday, 12 September 2012

Jom Soft Pastel! : Buah Naga Langkah demi Langkah.

Jom buat Soft Pastel!

Buah Naga : Langkah demi Langkah


                       Hasil Akhir



Alat dan bahan :

1. Gambar rujukan
2. Warna Soft Pastel
3. Alatan lain :
    > Untuk melukis : Pensel, pemadam, kertas berwarna coklat cerah (untuk nampak lebih menarik)
    > Untuk touch-up lukisan / kemasan akhir : pensel arang (hitam dan putih)






Proses Penghasilan

* rujuk dari kotak atas kiri, terus ke kanan. turun ke kotak bawah kanan, terus ke kiri.



1. Buat lakaran kasar berdasarkan gambar rujukan.

2. Mulakan melukis dengan mewarnakan bahagian cerah terlebih dahulu (yang paling banyak terkena cahaya) menggunakan warna pastel putih.
    - Ini bagi memudahkan penentuan bahagian yang bakal diwarnakan cerah. Juga sebagai alas warna/ warna latar untuk warna cerah lain (kuning, hijau muda).
    - Dengan ini bahagian yang cerah tidak nampak tenggelam kerana warna coklat kertas yang digunakan.
    - Timpa warna cerah kuning di atas warna putih tadi dan 'blend'/campur warna kuning engan warna putih tadi untuk menampakkan efek warna kuning yang semakin menjadi putih.

3. Warnakan warna merah terang di bahagian merah buah. Pastikan anda menggunakan campuran pelbagai ton warna merah untuk menampakkan kesan ketaksamaan warna supaya nampak lebih realistik.
   - gosokkan warna merah pada kertas. jgn terlampau penuh dengan warna merah untuk memudahkan campuran warna dengan warna lain.

4. Warna merah tadi dicampurkan dengan warna putih untuk berikan kesan cahaya dan warna hitam (gunakan secara nipis) untuk menampakkan kesan bayang.

5&6. Campurkan warna-warna merah gelap dan terang secara berselang seli di bahagian bersesuaian untuk menampakkan tompokan bayang dan cahaya seperti dalam gambar. Gosokan warna perlu dibuat secara perlahan dan berhati2 untuk mengelakkan terlebih campuran warna.

7. Buat kemasan / touch-up lukisan tadi dengan arang warna putih untuk menampakkan lebih kesan cahaya. Gunakan pensel arang warna hitam di bahagian paling gelap lukisan untuk menampakkan kesan kedalaman. gunakan juga arang hitam untuk bahagian hujung pucuk buah untuk menampakkan kesan gelap2 pada pucuk. Tambahkan warna latar belakang dengan pensel arang putih.

8. Bergantung pada citarasa individu, sekiranya perlu, spray lukisan itu dengan pemati warna / 'fixer spray'. Fixer berfungsi untuk menghalang warna pastel yang mudah tertanggal itu daripada hilang akibat terkena objek atau terlanggar tangan.  

Tuesday, 11 September 2012

Jom Melukis! : Media kering

Di sini anda akan mengetahui dengan lebih lanjut apa itu MEDIA KERING.

>> Media kering merupakan bahan/media yang digunakan untuk melukis atau menambahkan seri dan kecantikan sesebuah lukisan itu.


PENSEL : media yang biasa digunapakai dalam lukisan. Terdapat 2 jenis lukisan menggunakan media pensel; lukisan mekanikal dan lukisan grafit/biasa.
 





    Lukisan mekanikal










Lukisan pensel grafit.




















PENSEL WARNA :  ada jenis biasa dan ada jenis watercolour. Jenis ni boleh ditukar menjadi watercolour.  




















Lukisan pensel warna.



















PEN DAN DAKWAT  :




















Lukisan Pen















































BERUS DAN DAKWAT : Kalau pernah tengak kaligrafi Cina, lebih kurang macam tulah. Walaupun menggunakan dakwat dan boleh dikira sebagai basah juga, dakwat ni xlah basah sangat. Ala-ala pen marker. Oleh itu masih dikatgorikan media kering.
















Lukisan Berus dan Dakwat








































SOFT PASTEL : lebih kurang macam kapur tulis. tapi warnanya lebih pekat dan variasi. Berhabuk sikit bila dilukis disebabkan bahannya yang seperti kapur. Ada soft pastel jenis batang mcm kapur dan ada jenis pensel.




















Lukisan Soft Pastel















OIL PASTEL : lebih pekat warnanya berbanding krayon.

















Lukisan Oil Pastel




GRAFIK TABLET :  Digunapakai bersama komputer. Jenama grafik tablet yang biasa digunapakai ialah Wacom. Ada jenis yg disambung pada komputer dan dilukis di atas tablet (Wacom Intuous dan Bamboo) dan ada jenis macam monitor komputer dan dilukis terus pada skrin (Wacom Cintiq).




Lukisan Grafik :





KRAYON : media kering yang sama seperti lilin. Boleh cair bila terdedah dengan objek panas.




Lukisan Krayon




MARKER PEN : dikira sebagai media kering walaupun dakwatnya basah.



Lukisan Marker




KAPUR TULIS :



Lukisan Kapur




ARANG :




Lukisan Arang