Buah Naga : Langkah demi Langkah
Hasil Akhir
1. Gambar rujukan
2. Warna Soft Pastel
3. Alatan lain :
> Untuk melukis : Pensel, pemadam, kertas berwarna coklat cerah (untuk nampak lebih menarik)
> Untuk touch-up lukisan / kemasan akhir : pensel arang (hitam dan putih)
Proses Penghasilan
* rujuk dari kotak atas kiri, terus ke kanan. turun ke kotak bawah kanan, terus ke kiri.
1. Buat lakaran kasar berdasarkan gambar rujukan.
2. Mulakan melukis dengan mewarnakan bahagian cerah terlebih dahulu (yang paling banyak terkena cahaya) menggunakan warna pastel putih.
- Ini bagi memudahkan penentuan bahagian yang bakal diwarnakan cerah. Juga sebagai alas warna/ warna latar untuk warna cerah lain (kuning, hijau muda).
- Dengan ini bahagian yang cerah tidak nampak tenggelam kerana warna coklat kertas yang digunakan.
- Timpa warna cerah kuning di atas warna putih tadi dan 'blend'/campur warna kuning engan warna putih tadi untuk menampakkan efek warna kuning yang semakin menjadi putih.
3. Warnakan warna merah terang di bahagian merah buah. Pastikan anda menggunakan campuran pelbagai ton warna merah untuk menampakkan kesan ketaksamaan warna supaya nampak lebih realistik.
- gosokkan warna merah pada kertas. jgn terlampau penuh dengan warna merah untuk memudahkan campuran warna dengan warna lain.
4. Warna merah tadi dicampurkan dengan warna putih untuk berikan kesan cahaya dan warna hitam (gunakan secara nipis) untuk menampakkan kesan bayang.
5&6. Campurkan warna-warna merah gelap dan terang secara berselang seli di bahagian bersesuaian untuk menampakkan tompokan bayang dan cahaya seperti dalam gambar. Gosokan warna perlu dibuat secara perlahan dan berhati2 untuk mengelakkan terlebih campuran warna.
7. Buat kemasan / touch-up lukisan tadi dengan arang warna putih untuk menampakkan lebih kesan cahaya. Gunakan pensel arang warna hitam di bahagian paling gelap lukisan untuk menampakkan kesan kedalaman. gunakan juga arang hitam untuk bahagian hujung pucuk buah untuk menampakkan kesan gelap2 pada pucuk. Tambahkan warna latar belakang dengan pensel arang putih.
8. Bergantung pada citarasa individu, sekiranya perlu, spray lukisan itu dengan pemati warna / 'fixer spray'. Fixer berfungsi untuk menghalang warna pastel yang mudah tertanggal itu daripada hilang akibat terkena objek atau terlanggar tangan.
Kat mana nak beli pensel arang ye?
ReplyDeleteMana2 kedai yg ada jual alatan seni berdekatan anda.
ReplyDelete