Saturday 29 September 2012

Catan : Cat Minyak

Cat minyak merupakan media basah bukan berasaskan air yang paling popular di kalangan artis tanah air dan pelajar2 seni. Kenapa pilih catan cat minyak?

Dikenali seantero dunia...!  Woahoooo..!!

Apa maksudnya..?

Catan cat minyak sangat banyak digunapakai oleh master artist.. Apa itu master artist? Master artist merupakan pengamal seni (individu yang terlibat dalam menghasilkan karya seni- karya seni tu hasil seni seperti lukisan catan dan lain-lain) antarabangsa yang berjaya secara langsung atau tidak langsung menghasilkan karya2 agung yang hebat dalam dunia seni visual. Majoriti daripada mereka merupakan artisan yang berjaya mencipta teknik baru dalam penghasilan seni visual. Majoriti daripada hasil mereka yang popular merupakan merupakan karya seni yang dihasilkan menggunakan cat minyak. Jadi cat minyak ini bolehlah dikira sebagai media basah paling tersohor.. Kalo dapat hasilkan satu tu pun dh mcm ada feel mcm profesional gitu... (^_^)


    'Mona Lisa' karya Leonardo DaVinci merupakan antara catan cat minyak paling popular. Siap jadi tajuk filem dan dikenalkan dalam filem lagi... Mona Lisa ni sendiri pun xtau dia boleh jadi popular sampai cmtu..Apatah lagi pelukisnya..

Bergantung kepada cara penghasilan, bahan dan teknik digunakan, dan cara penjagaannya, catan cat minyak boleh disimpan sangat lama dan sangat tahan sehingga berkurun lamanya... (beratus tahun tau..).. Okeh. sekarang kita dah tau kenapa artisan suka cat minyak. Jom kenal apa alatan sesuai untuk catan cat minyak.

1. Warna

Warna cat minyak ada banyak jenama. Tapi utk hasilkan warna cat minyak, bukan sebarang jenama boleh buat. Tak sama mcm cat poster atau cat air, cat minyak jarang dihasilkan oleh syarikat yang bukan2. Pendek kata, kalau ada jumpa cat minyak dijual di mana2 kedai, ianya dh cukup bagus.. Mungkin masalah pada daya tahannya sahaja... (mungkin)... . Kalo nak yg harga murah, xsure sgt sbb saya jarang buat catan cat minyak, bolleh cuba guna jenama yang biasa saya guna iaitu jenama 'Artist'.  Harganya agak murah..dan tahan lasak (bagi saya lah).. Mungkin sbb bahannya yang agak pekat, atau mungkin juga kerana ianya dihasilkan utk catan yg tahan lama dan lasak (kalis air), cat minyak biasanya dijual pada harga yang agak tinggi. Jadi kalo nk dpt cat minyak harga terlampau murah tu, bolehlah cuba hasilkan sndiri (kalau mampu lah..)... 

Contoh cat minyak :






2. Bingkai dan kain 

Catan cat minyak xsama seperti catan media basah yang lain. Disebabkan bahan (material) cat minyak yang berminyak, penggunaan kertas sebagai permukaan untuk catan cat minyak biasanya akan merosakkan kertas tersebut dan membawa kepada daya tahan catan yang lemah. Maksudnya , kalau guna kertas lukisan untuk hasilkan catan cat minyak, catan itu xkan tahan lama. Ini kerana minyak pada catan cat minyak itu akan diserap oleh kertas menyebabkan cat itu tidak kurang berkilat dan berminyak (kilatan catan dtg dr minyak). Sifat kertas yang menyerap minyak akan menyebabkan catan nampak pudar, malap dan tidak bermaya. Lagipun kertas cepat koyak, rugi cat mahal buat atas kertas.  

Oleh itu, bingkai dan kain kanvas digunakan sebagai permukaan untuk catan cat minyak.

Kenapa kain kanvas dan bingkai? Kain cuma untuk permukaan asas. Kain ini nnti akan dilapiskan dengan cat atau bahan lain sebagai pelapis untuk menghalang minyak masuk atau menembusi permukan kain. (kadang2 masih boleh tembus). Walaubagaimanapun, kain masih boleh menampung kuantiti minyak yang banyak dan tidak mudah rosak dan koyak bila basah.

Untuk menghasilkan catan cat minyak yang bagus, ada 2 bahan utama yang penting sebagai permukaan catan.
   a. Bingkai.
   b. Kain

a. Bingkai
    - Bingkai ni bukan bingkai jenis lawa2 yang kita guna untuk letak gambar tu ye.. Bingkai ni kayu biasa @ plain tanpa corak yang dicantum untuk kita regangkan kain kanvas. Kita tak lukis atas bingkai tu. Bingkai cuma berfungsi sebagai bahan untuk memastikan kain tu meregang dengan baik. Kerana kain yang regang lebih sesuai untuk penghasilan catan cat minyak. 

Bingkai untuk catan cat minyak biasanya menggunakan kayu. Untuk tahan lama, gunakan kayu yang tebal sikit. Penggunaan kayu bergantung kepada saiz catan yang nak dihasilkan. Kalau catan kecil, kayu lebih nipis dan kecil digunakan. Begitu juga sebaliknya. Biasanya bingkai untuk catan cat minyak bersaiz kecil mcm ni ;



Selain bingkai, boleh juga gunakan papan nipis atau papan lapis sebagai ganti bingkai... (hanya untuk saiz kecil) 


b. Kain

Kain yang sesuai untuk catan cat minyak biasanya kain kanvas. Kain kanvas ni biasanya kain yang tebal dan tahan lasak. Makin tebal makin baik. Tapi tak semestinya perlu juga cari yang tebal, cukuplah sekadar tebal sikit je dari kemeja sekolah tu.

Kain kanvas tu apa dan camne kita nak tau kain kanvas tebal camne yang elok?

Seperti dinyatakan, kain kanvas ni lebih tebal dari kain kapas (cotton) biasa. Selain kapas, kain kanvas ada juga yang diperbuat daripada linen dan kain kanvas yg diperbuat daripada linen biasanya lebih tebal daripada lain kanvas yang diperbuat daripada kapas.  Lebih tebal sesuatu kain kanvas, kain itu akan lebih tahan lasak dan mampu menerima serapan minyak yang banyak dan menjadikannya lebih kalis air.

Contoh paling mudah nak kenal kain kanvas ialah kasut sekolah kita (yang jenis kain tu_ cth- kasut Pallas). Kainnya tebal, kan? Kain apa paling minima boleh guna? Tebalnya macam kain sekolah budak perempuan. Budak perempuan sekarang banyak guna kain nipis satin atau kain cotton biasa. Tapi masa saya kecik dulu, kain mak saya guna kain cotton tebal. Ketebalan tu lah sebenarnya ketebalan yang minima utk catan cat minyak. Kain setebal kain seluar sekolah budak lelaki juga elok. Cukup tebal.


    Kain kanvas sebelum diregangkan.


    Dari jarak dekat, kain kanvas nampak kasar.


    Ada kain kanvas yang lebih kasar.


Bagaimana nak jadikannya permukaan untuk catan cat minyak?

Kain kanvas ini akan diregangkan pada bingkai. Seboleh2nya pastikan kain sangat regang - lebih regang lebih bagus.Ini kerana makin regang kain itu, makin mudah untuk kita hasilkan catan di atasnya. Bila kain menjadi sangat regang, ia akan kelihatan regang dan keras mcm kertas. Biasanya (cara saya) kain itu saya akan lekatkan pada bingkai menggunakan stapler gun. Anda boleh juga gunakan paku atau paku tekan untuk pastikan kain melekap pada bingkai.

     Stapler gun



     Paku tekan.


 

    Kadangkala bahagian hujung bingkai dipasikan dengan papan nipis untuk jadikan kain lebih regang (biasanya untuk bingkai yang besar- bergantung kepada citarasa)


Namun begitu, kita tak terus hasilkan catan ni atas kain. Kain yang diregangkan ini akan dilapiskan dengan cat putih (atau warna apa2 je yang anda rasa nak warna - biasanya kanvas dilapiskan dengan warna putih). Pakai cat kapur biasa yang kita cat dinding tu pun dah ok.  Ini dipanggil sebagai undercoat. Biarkan kering, baru kita boleh mula mewarna atas kanvas ini. Undercoat fungsinya untuk menghalang minyak meresap terlampau banyak ke kanvas dan memangjangkan tempoh hayat kain kanvas. Ada juga artisan yang menghasilkan undercoat dengan pelbagai jalinan sebagai satu cara menampakkan kesan lebih menarik pada catan.


    Menghasilkan undercoat pada kain kanvas.


    Jalinan undercoat pada kain kanvas.



Rupa kanvas bila diregangkan atas bingkai.


    Ini kanvas jenis nipis untuk catan yang bersaiz kecil. Kalau tengok tepinya nipis, itu maknanya dia pakai kayu nipis, kalau xde lubang di bahagian tengah, itu maksudnya dia guna papan lapis (plywood). 

    Bingkai yang besar biasanya ditambah lapisan kayu di bahagian tengah untuk mengukuhkan bingkai di samping mengelakkan bingkai melengkung. 


3. Berus

Berus untuk catan cat minyak ni xperlu yang terlampau mahal pun xpe. Disebabkan cat minyak itu tebal dan likat serta pekat dan bila kita guna pun nak pekat juga, bagi mereka yang kedekut, anda boleh gunakan berus jenis murah2 yang anda jumpa di pasaran tu. Alaaa.. yang sebatang 50sen tu pun boleh...  kalau boleh, jenis yang mata leper. Ini kerana kebanyakan teknik dalam catan cat minyak banyak memerlukan penggunaan berus mata leper. 
Pelbagai jenis berus untuk catan cat minyak.







4. Palet

Biasanya palet untuk catan cat minyak menggunakan papan. Palet catan cat minyak ada dijual di kedai2 barangan seni tapi anda juga boleh menghasilkan sendiri palet menggunakan bahan2 di sekeliling. Selagi ianya permukaan yang boleh menahan atau menampung serapan minyak, ianya juga boleh digunakan. Contohnya, kaca cermin, bekas plastik, papan pelapik kek (kalau beli kek, ada papan kat bawah kek tu) dan sebagainya. Papan digunakan kerana papan boleh menahan minyak dan apabila cat minyak kering, cat ini mudah ditanggalkan tanpa meninggalkan terlampau banyak kesan dan boleh diguna semula.  


    Palet dijual di kedai yang jenis plastik.


   Palet jenis papan lapis.



5. Bekas cuci berus

Bekas untuk cuci berus mestilah jenis yang tahan lasak. Pastikan ianya mesti boleh menahan daya hakisan thinner atau turpentin. Paling baik ialah bekas/botol kaca. Atau sebarang bekas plastik yang tebal. Polisterin tidak digalakkan kerana nipis dan senang terhakis.
  

6. Kain lap

Kain lap boleh guna apa2 kain buruk yang xnak digunakan.


7. Alatan tambahan

a. Easel

Apa2 jenis easel pun boleh. Kalau xde pun xpe.



b. Pisau Palet (Palette Knife)

Bukan pisau. Ianya merupakan alatan yang digunakan untuk teknik2 khas seperti impasto.





    Teknik-teknik khas guna palette knive
 

  
c. Turpentine @ thinner

Bahan pencuci berus cat minyak. Cat minyak sangat pekat dan likat. Bahan yang boleh mencucinya hanya bahan2 ini. Tapi perlu berhati2 kerana bahan ini merupakan bahan penghakis dan boleh menghakis kulit kita.



d. Minyak Linsid (Linseed oil)

Minyak linsid merupakan bahan pelarut (pencair) cat minyak. Kalau catan cat air menggunakan air sebagai bahan pelarut, cat minyak menggunakan minyak linsid. Tak semestinya minyak linsid, selagi ada bahan lain yang boleh mencairkan cat minyak, bolehlah guna.. Ada bnyk jenama linsid oil. nak jimat cari yang paling murah. Xbanyak bezanya pun. Ada jenis minyak linsid jernih dan ada yang kekuningan. Jenis kekuningan akan menyebabkan warna pada cat minyak kelihatan kekuningan. Yang jernih (clear) tidak akan merubah warna cat. Bergantung pada citarasa. Kadangkala perubahan warna cat kepada kekuningan (sikit) akan menyebabkan warna cat nampak lebih menarik.







Sedikit tambahan mengenai catan cat minyak.

Menghasilkan catan cat minyak boleh menjadi sangat serabai dan berselerak (messy). Memandangkan barangannya yang banyak dan baunya yang kuat, catan cat minyak boleh menyebabkan bau kuat memenuhi ruang rumah. Pastikan bila nak hasilkan catan cat minyak, kita bersedia dengan bahan menyerap bau ataupun bilik khas untuk mengelakkan baunya melekat pada perabot dan baju. Pakai baju khas atau apron untuk mengelakkan cat melekat pada kain baju kerana cat minyak sukar dicuci jika terlekat pada kain. Kena pakai thinner dan thinner kadangkala akan merosakkan kain. Maka berhati2 ketika menggunakan bahan2 ini. Untuk orang yang mengandung, dilarang gunakan bahan2 cat minyak kerana bahannya yang berkimia tinggi boleh merosakkan kandungan. jauhkan juga dari kanak2 kerana thinner boleh merosakkan kulit dan cat minyak yang sekiranya masuk dalam mulut mungkin boleh menyebabkan reaksi kimia.

Beginilah situasi jika anda melibatkan diri dalam catan cat minyak








Ok.. Selamat berkecimpung dalam dunia catan cat minyak!!!! (^0^)//


     

19 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM ...
    MCMANE NK DPTKN KAIN KANVAS ?
    MCMANE NK DPTKN CAT MINYAK ?
    BOLEHKAH ANDA MENOLONG SY ?
    TLG SUPPLY BARG ....
    KITA BOLEH BINCANGKN HARGA
    SY MINAT DENGAN LUKISAN
    TEMPAT SY TIADA BARG LUKISAN SEPERTI YG SY NYATAKAN DIATAS ...
    FB SY IAM_AREUZ1990@YAHOO.COM

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.., pegi kedai jual alatan seni da la... kain kanvas bole dpt belambak la.... just pegi la kt kedai juala alatan seni... ataupun... dapatan kt Central Market kt kuala lumpur.... ^_^

      Delete
  2. awk duduk area mana? nnti saya survey tempatnya kalo ada...

    ReplyDelete
  3. cat minyak boehkah digunakan untuk melukis di permukaan mug

    ReplyDelete
  4. Boleh. Tp kalo nak guna permanent guna akrilik. Atau marker sharpie utk melukis n warna. Yg penting bakar di oven dlm 20-30 minit utk dpt kesan permanent n x hilang bila dibasuh

    ReplyDelete
  5. nak tanya nak lukis atas canvas ni pakai marker jenama apa yg sesuai ye ? bila guna sharpie, dkwat dia mcm makin pudar, ingatkan dkwat dh habis tp bnyak lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canvas tu dh lapis dengan cat putih @ cat kapur ke? Sebenarnya marker xberapa sesuai dengan kain canvas sbb permukaan canvas yg kasar dan mudah serap air mnybbkan warna marker nmpak kembang. Permukaan kasar akan buatkan garisan marker terputus2. Kalau lapiskan dgn cat kapur @ emulsion (mcm cat dinding), kain tu akan kurang daya serapan so bolehlah garisan nmpak lebih kemas. Tapi cara kita lapiskan pun xboleh terlampau pekat & kasar, krn akn sbbkan lebih bnyk taxture @ jalinan yg kasar pd pmukaan kain. Cukup sekadar lapisn nipis utk tutup pmukaan jalinan kain kanvas tu. Kalau nak lebih mudah guna media marker, buat atas papan lapis dan lapis dgn emulsion. Lebih sesuai.

      Delete
  6. Mcm maner sy nk hilang kan maker pen atas lukisan canvas sy? Please help

    ReplyDelete
  7. Cat minyak sesuai x kalau lukis kat kasut snikers

    ReplyDelete
  8. Cat minyak sesuai x kalau lukis kat kasut snikers

    ReplyDelete
  9. Karya catan yang dihasilkan menggunakan akrilik.. tetapi saya ad menggunakan marker pen.. adakah karya saya boleh dikata kan sebagai catan?? kerana saya menggunakan media tambahan.. pen sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau media pen digunakan hanya sbg kemasan (touch up), maka masih dikira sbg catan. Kalau sebahagian besar (hampir 1/2 atau lebih) guna pen, dipanggil mix media.

      Delete
  10. Boleh ke guna utk lukis dan warna kat papan plywood?

    ReplyDelete
  11. Berapa harga pasaran cat minyak di Malaysia?

    ReplyDelete
  12. saya nak undercoat canvas saya... dalam lazada macam mahal sangat... Ada tak brand undercoat yang lebih murah?

    Adakah perlu undercoat seperti jenama winsor & newton atau yang seangkatannya untuk kanvas?

    Boleh bagi apa brand yang lebih murah2?

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing this page. very helpul information you have provided in this post. Love to read your complete post.

    ReplyDelete
  14. Hi. Nak tanya what happen if kita campur akrilik dengan kapur utk karya kita?

    ReplyDelete
  15. Kalau boleh saya nak belajar lebih lanjut cat minyak ni, bagaimana caranya? Boleh ke saya ctx encik direct?

    ReplyDelete
  16. A'kum maaf nak tanya bleh tak saya menggunakan gmbar blogsport tuan/puan untuk poster mohon kebenaran

    ReplyDelete