Maklumat umum mengenai catan cat poster boleh rujuk di sini.
Catan cat poster merupakan antara media basah paling popular terutama di sekolah2 di Malaysia. Ini kerana harganya murah, warnanya pekat dan menarik, serta tekniknya mudah dipelajari.
Biasanya media (alat dan bahan) dalam catan cat poster sama sahaja dengan catan cat air, kecuali warnanya. Oleh itu sila klik di sini (kat bahagian bawah sekali) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai media catan cat poster.
Teknik dalam penghasilan catan cat poster juga sama seperti catan cat air. Cuma biasanya untuk catan cat poster, teknik berus kering atau kering atas kering, dan teknik basah atas kering sering menjadi pilihan utama.
Media catan cat poster:
1. Warna :
Paling popular di Malaysia ni jenama Buncho. Warna pekat, dan banyak pilihan warna. harganya pula bolehlah tahan murah (kredit utk warnanya yang pekat). Biasanya kat kedai2 stationary ada cat poster ni. Senang jumpa pun. Biasanya ada set. Kalo dijual satu-satu, ikut harga sekarang, RM1.20 sebotol (lebih kurang camtu). Banyak juga jenama lain yg lebih ekonomi saya nampak tapi bagi saya, ini yang paling bagus.
Warna-warna lain (setakat yang jumpa di internet)
Ada bnyk lagi jenama warna poster ni. Tapi jgn keliru dengan cat air. Cmne nak pastikan yang anda beli poster warna?
1- Tengok tulisan pada botol atau bekas. Tertulis 'poster colour'. Kalau cat air tulis 'watercolour'.
2. Biasanya, biasanyalah..., cat poster dijual dlm bentuk botol. Cat air dlm bentuk tiub. Setakat ni belum pernah jumpa lagi dalam bentuk tiub. Manalah tau nasib xberapa baik, untuk selamat, gunakan cara 1.
2. Berus
3. Kertas
4. Palet
5. Bekas air
6. Kain lap
7. Alatan tambahan.
SEMUA bahan bermula no 2 hingga 7 boleh diketahui dari sini. Maleh nak buat berkali2. Sama je..
Teknik Catan Cat Poster :
2 jenis yang popular iaitu berus kering dan basah atas kering.
(akan update kemudian. Nak kena buat sample dulu.. bahan tak ada kat rumah)
bagaimana nak cairkan catan cat poster yang sudah keras?
ReplyDeletecairkan catan atau cairkan cat nya? kalo carkan cat poster gunakan air pun dah cukup. pastikan kamu letak air mencukupi utk basahkan sahaja dan biarkan beberapa jam. rasanya cukup untuk kembangkan warna yang kering tu.
DeleteSalam.
ReplyDeleteKalau terkena air, hasil catan cat poster ni boleh luntur @ kembang tak?
Boleh. Rendam sikit dgn air panas/suam, sapu sabun buku kat tempat kotor, gosok2... Kdg2 ada tinggal sikit kesan warna.
Delete