Monday, 24 September 2012

Catan : Media basah

Biasanya catan dikaitkan dengan media basah. Apa itu Media Basah? Pastikan anda tidak keliru antara media Basah dengan Media Prima, syarikat telekomunikasi tersebut, ataupun Media Player, pemain muzik atau video dalam komputer tu. Media di sini merujuk kepada alat atau bahan utama digunakan dalam sesebuah karya seni.  Media basah merupakan media @ warna yang bersifat basah atau berminyak. Apa yg dimaksudkan di sini ialah media basah biasanya media @ warna yang memerlukan pelukis (atau utk catan kita panggil painter (BI)- pencatan (BM)) mencampurkan warna tersebut dengan bahan lain seperti air atau minyak untuk mencairkan warna tersebut.

Agak2 boleh faham tak? Kalau xfaham saya mudahkan lagi. Ambil contoh catan cat air. Cat air merupakan media yang menggunakan warna yang hanya boleh dicairkan menggunakan air. Antara media basah lain yang gunakan air ialah cat poster, cat akrilik, dan cat tempera. Cat2 ni biasanya dijual dalam keadaan kering ataupun keadaan basah tapi sgt pekat. Jadi agak sukar nak mewarna dengan warna pekat camni. Jadi, warna ini perlu dicairkan supaya mudah kita nak sapukan warna ni atas kertas atau kanvas. Jika tidak dicairkan, catan kita akan jadi terlampau kering dan kemungkinan besar warnanya akan mudah retak. Media basah ini juga memerlukan air yg bnyk untuk memudahkan kita membersihkan peralatan yang telah digunakan.

Agak2 boleh faham dah? Anda semua biasa pakai warna2 ni cuma anda tidak sedar. Agak2 kalo sebut 'Buncho', kenal kot.. Itu antara media basah paling popular di Malaysia dan di sekolah2 Malaysia. Tapi kita perlu tahu perbezaan antara media2 basah ini supaya mudah bagi kita untuk menguruskan media ini ketika menggunakannya.

Jom kita mula kan satu-satu.

Media basah bukan hanya melibatkan cat air sahaja. Tadi saya dah jelaskan yang media basah juga melibatkan media yang menggunakan minyak. Selain cat air, poster akrilik dan lain-lain media berasaskan air,        media dalam catan juga melibatkan media yang berasaskan minyak seperti cat minyak.

Setakat ini, cat yang biasa digunakan untuk catan berasaskan air ialah :
1- Warna air (watercolour)
2. Warna poster (postercolour)
3. Akrilik

Manakala catan berasaskan minyak yang biasa digunakan pula ialah cat minyak.

1. Catan Cat Air (Watercolour Painting)

Cat air memerlukan penggunaan air yang banyak. Ini kerana secara asasnya, catan cat air merupakan catan yang bersifat lebih lutcahaya (transparent) atau kelihatan nipis atau kurang warna . Catan cat air jarang menggunakan warna putih kerana dalam catan cat air, warna putih biasanya diwakili oleh warna putih dari kertas yang digunakan. Oleh itu warna pada catan cat air biasanya kelihatan lebih pudar berbanding warna pada catan cat poster dan  catan akrilik. Ini bermakna, pengguna warna cat air akan dapat menjimatkan warna kerana apabila lebih banyak air digunakan, lebih kurang warna dihabiskan. Tetapi ada juga catan cat air yang menggunakan teknik yang lebih legap atau tebal (opaque). Tetapi situasi ini jarang. Pencatan biasa menggunakan akrilik untuk catan yang lebih berciri legap.  

Catan cat air lambat kering memandangkan penggunaan air yang banyak pada kertas.

Maklumat lanjut mengenai catan cat air boleh diperolehi di sini.



Contoh catan cat air yang menggunakan teknik transparent.

Perhatikan, warna putih pada kertas sengaja dibiarkan supaya menunjukkan bahagian cerah. Tiada warna putih digunakan. Warnaya pula nampak kurang pekat..







Contoh catan cat air yang menggunakan teknik opaque. Catan ni juga dipanggil Vibrant Watercolour Painting. Vibrant ni lebih kurang maksudnya "warna yang bertenaga". Jadi warna yang digunakan terang, pekat dan menonjol.. Nampak bertenaga gituu... (^ 0 ^)//









2. Catan cat poster (postercolour painting)

Jika cat air pakai banyak air, cat poster pula 'kurang sikit' air berbanding cat air. Warna catnya sahaja dah cukup pekat dan lebih bersifat legap (opaque). Jadi biasanya catan cat poster ni bersifat legap dan 'garang'.. atau kita pinjam ayat tadi "vibrant"... Hehehehehe.. Kita biasa guna warna putih untuk dapatkan bancuhan warna lebih cerah. Warna poster ni paling sesuai digunakan untuk buat poster. Sebab apa yeh warna poster ni dipanggil 'warna poster'? Sebab ciri-ciri poster ialah menonjol, menarik, dan boleh menarik pembaca/pembeli.. Sesuai dengan warnanya yg terang, menarik, ada pulak warna2 'striking' @ xtra terang gitu.. Kombinasi warna poster mmg sesuai untuk memenuhi ciri2 warna pada poster. Teknik2 digunakan pada catan cat air masih boleh digunakan pada catan cat poster kerana perbezaannya yang tidaklah terlampau ketara.

Catan cat poster kering lebih cepat berbanding cat air memandangkan penggunaan air yang kurang sikit pada kertas.

Maklumat lanjut mengenai catan cat poster boleh diperolehi di sini.



Contoh catan cat poster.

Perhatikan, biasanya warna pada catan cat poster akan memenuhi ruang kertas. Warnanya pula pekat belaka. Ini kerana catan poster akan kelihatan lebih menarik apabila bersifat opaque.









3. Catan Cat Akrilik 

Jika dibandingkan ketiga2 cat berasaskan air ini, akrilik merupakan cat paling pekat dan likat. Sifatnya hampir menyerupai cat minyak. Catan ini kurang menggunakan air dan sifat legapnya sangat tinggi berbanding cat poster. Apa yang menariknya mengenai cat akrilik ini, pencatan boleh menggunakan teknik catan cat air dan juga teknik catan cat minyak pada catan cat akrilik. Ini kerana apabila dibancuh dengan air, ianya akan menjadi cair seperti cat poster dan sesuai digunakan atas kertas cat air. Jika tidak dibancuh atau digunakan terus dari tiub, ia akan menjadi seperti cat cat minyak dan sesuai untuk permukaan kanvas.

Catan cat akrilik amat mudah kering kerana kurang menggunakan air. Apabila digunakan terus dari tiub, ia akan menjadi sangat mudah kering. Secara tidak langsung ia sebenarnya menjadi kelemahan akrilik terutama bagi pengguna baru yg memerlukan masa yg lebih untuk berfikir ketika mewarna. Tapi dari satu sudut yang lain, media yang mudah kering sesuai untuk catan untuk pertandingan kerana memperuntukkan masa yang singkat.

Maklumat lanjut mengenai catan cat akrilik boleh diperolehi di sini.

Contoh catan cat akrilik yang  menggunakan teknik catan cat air.. Kalau menggunakan kertas cat air dan masih meninggalkan sedikit warna putih untuk menampakkan bahagian cerah, dikira sebagai menggunakan teknik cat air.




Contoh catan cat akrilik yang menggunakan teknik catan cat minyak. Kalau ada nampak kesan timbul2 kat permukaan kanvas tu kiranya dah pakai teknik catan cat minyak lah tu.

    






Cat Minyak


Cat minyak pula merupakan media berasaskan minyak paling popular bagi pencatan tempatan. Cat minyak sangat likat, pekat, bersifat legap secara maksimum dan tidak boleh dibancuh dengan air. Cat minyak hanya boleh dibancuh dengan minyak sahaja dan biasanya minyak yang biasa digunakan untuk cat minyak ialah minyak linsid. Cara nak bersihkan berus dan bahan digunakan untuk catan ni ialah menggunakan pencair seperti turpentin (minyak tanah) dan thinner. Ada juga org guna petrol, diesel dan lain2. Selagi bahan itu boleh mencairkan minyak, gunalah apa je. TETAPI penjagaan keselamatan sangat penting. JANGAN basuh terus guna tangan. Gunakan sarung getah atau bahan lapik lain untuk mengelakkan kulit turut terhakis. bagi yang kulit sensitif, digalakkan guna sarung tangan getah untuk perlindungan maksimum.  

Catan cat minyak biasanya dihasilkan di atas kanvas. Kanvas ni kain yang agak tebal. Lebih kurang tebal macam seluar uniform sekolah atau pinafore (betul ke eja ni). Kalau nak tebal lagi guna kain tebal mcm seluar jeans. Kelemahan Catan cat minyak ialah sangat lambat kering. Kadangkala boleh mencecah seminggu, terutama jika kita berteruskan menyambung mewarna di atas lapisan cat minyak ni. Jika banyak guna minyak linsid juga boleh menambahkan masa untuk kering. Jadi pastikan anda telah peruntukkan masa mencukupi untuk kering terutama jika catan itu bakal dipamerkan atau dipertandingkan.

Kelebihan catan cat minyak ni adalah ia boleh sentiasa diubah dan diperbaiki. Kita boleh timpa warna atas catan cat minyak ni atau mencampur warna ketika warna telahpun diletak di atas kanvas. Ini kerana ianya lambat kering maka warna masih boleh dicampur selagi warna itu masih basah.  

Kelemahan lain catan cat minyak ni : baunya yang kuat.. terutama apabila dicampur dengan minyak linsid (saya xsuka bau minyak linsid- pening) .. Bila basuh dengan turpentin atau thinner lagi ah kuat baunya. Jadi, kepada yang sensitif dengan bau kuat macam saya, baik pakai akrilik..atau kalo degil juga, pakai topeng hidung ala2 doktor pakai tu (masih xmenghilangkan bau)..

Contoh catan cat minyak :




Maklumat lanjut mengenai catan cat minyak di sini.


Ok. Itu jelah pasal media basah dan ciri-cirinya. Klik link yang disediakan utk tau lebih lanjut teknik, alat dan bahan dan cara penghasilan catan2 tersebut. Ok. nak tido..

4 comments: