Monday, 24 September 2012

Catan : Cat Poster

Maklumat umum mengenai catan cat poster boleh rujuk di sini.

Catan cat poster merupakan antara media basah paling popular terutama di sekolah2 di Malaysia. Ini kerana harganya murah, warnanya pekat dan menarik, serta tekniknya mudah dipelajari.

Biasanya media (alat dan bahan) dalam catan cat poster sama sahaja dengan catan cat air, kecuali warnanya. Oleh itu sila klik di sini (kat bahagian bawah sekali) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai media catan cat poster.

Teknik dalam penghasilan catan cat poster juga sama seperti catan cat air. Cuma biasanya untuk catan cat poster, teknik berus kering atau kering atas kering, dan teknik basah atas kering sering menjadi pilihan utama.

Media catan cat poster:

1. Warna : 


  Paling popular di Malaysia ni jenama Buncho. Warna pekat, dan banyak pilihan warna. harganya pula bolehlah tahan murah (kredit utk warnanya yang pekat). Biasanya kat kedai2 stationary ada cat poster ni. Senang jumpa pun. Biasanya ada set. Kalo dijual satu-satu, ikut harga sekarang, RM1.20 sebotol (lebih kurang camtu).  Banyak juga jenama lain yg lebih ekonomi saya nampak tapi bagi saya, ini yang paling bagus.

Warna-warna lain (setakat yang jumpa di internet)



Ada bnyk lagi jenama warna poster ni. Tapi jgn keliru dengan cat air. Cmne nak pastikan yang anda beli poster warna?

1- Tengok tulisan pada botol atau bekas. Tertulis 'poster colour'. Kalau cat air tulis 'watercolour'.
2. Biasanya, biasanyalah..., cat poster dijual dlm bentuk botol. Cat air dlm bentuk tiub. Setakat ni belum pernah jumpa lagi dalam bentuk tiub. Manalah tau nasib xberapa baik, untuk selamat, gunakan cara 1.


2. Berus
3. Kertas
4. Palet
5. Bekas air
6. Kain lap
7. Alatan tambahan.

SEMUA bahan bermula no 2 hingga 7 boleh diketahui dari sini. Maleh nak buat berkali2. Sama je..



Teknik Catan Cat Poster :

2 jenis yang popular iaitu berus kering dan basah atas kering.

(akan update kemudian. Nak kena buat sample dulu.. bahan tak ada kat rumah)

Catan : Cat Air

Ohyeh... rajin pulak mata ni xmo tido lagi..Cisss..  Jom update pasal catan cat air atau watercolour .

Catan cat air merupakan media air kedua popular bagi sekolah tapi paling popular di kalangan artisan tanah air. Cube teka mengapa? jeng jeng jeng....

Sangat mencabar !!

Yaa.. Kenapa mencabar?

1. Sekiranya silap, susah nak diperbaiki. 
    - Cat air ni pakai air banyak. Air ni pergerakannya banyak dan tidak dijangka terutama jika gunakan teknik basah atas basah (nnti belajar kemudian). Bila dh warnakan satu sudut pada kertas, kalau tak berhati2, bahagian tu akan tercampur dengan warna lain dan kemungkinan tinggi utk merosakkan keseluruhan catan. Tapi ada sesetengah artisan suka kesan macam ni.. Sebab ia menunjukkan ciri-ciri individualistik pada catan tu. Bukan mudah nak hasilkan kesan yang sama semula sebab kesan tu terjadi kerana 'accident' @ tak sengaja. Benda tak sengaja ni xboleh sesuka hati nak ulang buat.

2. Nak buat campuran warnanya sangat mudah dalam masa yang sama susah nak dapat balik.
    - Sama macam bila kita buat air. Kita campur gula, campur kordial, kdg2 ais krim soda, campurannya main masuk2 je tapi bila dah dapat buat rasa yg sedap, nak buat balik rasa yg sama mcm yg dh buat tu susah.. So warna pun camtu. Ske hati kita campur warna. Bila tetiba dapat warna yg sgt menarik di mata kita, dan teringin nak buat balik, SANGAT PAYAH. Boleh ah... tapi ambil masa lama.. Cubaan berkali2.. Jadi, bagi artisan, benda cmni cabaran paling nikmat.. Menghasilkan warna yg istimewa.. heheheh..

3. Warna boleh guna semula.
    - Tak dikira sebagai mencabar tetapi dikira best. Kenapa best? Cat air macam juga air biasa, boleh kering agak cepat. Perasan tak bila kita minum air milo ke kopi ke, bila jatuh atas meja, biarkan kering pastu warnanya still nampak? Yeeee... itulah sebabnya.. Warna cat air, bila dibiarkan kering dalam palet, kita boleh pakai balik dengan hanya mencampurkan sahaja air pada cat yang dh kering tu. Jadi, bagi mereka yang masuk dlm kategori no 2, bab ni paling best bagi diorg. Jadi, biasanya palet diorg xkan dibasuh. Biar je kering gitu.

4. Boleh pelbagaikan teknik dalam satu kertas, tapi masih nampak cantik.
    - Ni pakar je yg boleh buat cenggini. Kita yang amatur ni buat ah satu2 dulu.. atau campur sikit2 je..


OK. Dah tau nape artisan suka pada catan cat air? Jom kita tengok apa alatan sesuai untuk catan cat air.


Alat dan Bahan

Alat dan bahan ni penting. Kalo xde alat2 ni susah nak buat catan. Boleh je kalo nak pakai jari utk ganti berus tapi pandai ke handle jari tu untuk buat bahagian2 yang rumit? Tak kan..? Jadi, jom kenal2 apa alat atau media untuk catan cat air ni..

1. Warna.
    - Warna utk catan cat air ni ada banyak jenama. Tapi nak kenal cat air ke tak senang je. Baca je kat bekas dia tu. kalo tulis 'watercolour' tu, warna utk cat air lah tu.. Saya biasa guna jenama 'Artist' mahal sikit tapi best pakai. Satu je tak rekemen bila pilih cat air, warna cat air jenis jenama murah2 tu. Sbb warna jenama murah ni warnanya tak pekat dan susah nak dibancuh. Saya pernah pakai jenis Buncho, cat poster dia best, tapi cat air dia.... uhhhh... hancuss...dan cepat habis sbb warna xpekat. Bila tak pekat kita pun xpuas pastu tambah2 lagi warna. Tu yang cepat kering tu. Bukan nak korg habiskan duit beli yg mahal2 tapi alang2 beli biarlah berbaloi.... Mahal sikit tapi bila pakai, puas!.

Warna cat air yang bagus, warna dari tiub dia sangat pekat. Kita panggil dia sebagai pigment (dalam BI). Pigment ni maksudnya warna. Pigment cat air yang berkualiti biasanya pekat dan xmudah kering. Walaupun simpan lama, bertahun2. Tapi pigment jenis murah, bila xpakai pun tapi simpan lama, akan kering dan xleh digunakan. malah ada yang mudah kering bila tak tutup elok2 sebab terdedah kepada udara. Kalo ikut rasional, warna cat air, kering pun ok sebab bila campur air balik dia boleh diguna semula. Tapi pigment cat murah, bila dh kering, kita bancuh balik, warnanya boleh nampak ada kesan macam habuk-habuk. Itu maksudnya warnanya tak berkualiti. Huhuhu.. Bila warna atas kertas makin jelas kesan habuknya. nampak xelok kan? Jadi, belilah barangan berkualiti... hehehe.. Oppss.. lupa nak bagitau, warna berkualiti pun, kalo simpan terlampau lama pun, akan nampak kesan habuk gak.. tapi tempoh simpannya lebih lama (bertahun) dr yg murah2 tu (seminggu dua dh cukup)...  

Contoh cat air :





2. Kertas
    - Kertas alat kedua terpenting dalam catan cat air. Bila sebuat catan cat air, org akan ingat kertas. Itulah medium paling sinonim dengan cat air. Kertas untuk catan cat air pun ada pelbagai jenis. Ada jenis tebal, ada nipis, ada kasar ada halus, ada besar dan ada kecil dan lain-lain. Jadi, bagaimanakah cara untuk memilih kertas yang baik untuk catan cat air?

1. Lihat ketebalannya, Tebal atau nipis?

   - Catan cat air menggunakan banyak air. Kertas yang nipis tidak mampu menampung air yang banyak. Oleh itu, apabila memilih kertas untuk catan cat air, pilihlah jenis yang tebal. Kerana makin tebal kertas, makin banyak air mampu ditampung. Oleh itu teknik seperti basah atas basah boleh menjadi lebih mudah dihasilkan.

   - Camne nak tau ketebalan sesuai?
      Ketebalan paling asas yang boleh digunakan untuk catan cat air ialah kertas setebal 165 gsm dan bersaiz B4. Makin tebal makin baik.

   - Kalau pakai kertas nipis, camne?
      Try ah pakai. Tgk apa jadi. Sakit tau! Sakit!! Sebab apa? Warna cepat diserap oleh kertas. Apabila warna cepat diserap oleh kertas, warna tidak mudah dikembangkan. Jadi, teknik mcm basah atas basah tu cuma harapan di angin lalu lah nak cuba buat. Kalo degil juga, silalah cuba.... Tak cuba xrasa, kan?


2. Lihat permukaannya, kasar atau halus?
 
- Penting ke kertas kasar ke halus?
       Sangat penting. Permukaan kertas kasar atau halus boleh menentukan jenis teknik yang boleh digunapakai. Terdapat 3 jenis permukaan kertas iaitu hot press, cold press dan rough. Kertas hot press merupakan kertas yang permukaannya lebih lembut dan halus. Ini kerana ketika penghasilannya, kertas ini ditekan dengan kuat, menjadikan permukaannya menjadi semakin rata dan halus. Kertas cold press pula bertentangan dengan hot press. Kerana kurang ditekan ketika proses penghasilannya, permukaan kertas ini kelihatan lebih kasar.  Kertas rough lebih kasar dan kelihatan tebal.




    Cat air atas kertas Hot press


    Cat air atas kertas Cold press


    Cat air atas kertas rough

Nampak tak perbezaan warna atas kertas berbeza? Menarik kan?



3. Lihat saiznya, besar atau kecil?

    Bergantung pada berapa besar kita nak buat catan kita, kita kena cari saiz yang bersesuaian. Setakat ni Saiz paling besar dijual bagi kertas lukisan ialah saiz A1 dan saiz paling kecil adalah A4. Tapi kertas boleh dipotong lebih kecil mengikut kesesuaian kita.



3. Berus

      -  Berus alat ketiga terpenting dalam catan cat air. Beruslah menentukan camne hasil catan cat air nanti. . Berus ni ada pelbagai saiz dan bentuk. Nak tau saiz berus tu saiz apa, tengok batang berus tu, kalau nampak nombor, itulah nombornya. Biasanya makin besar nombor, makin besar saiz berus tu. Ada 2 jenis berus yang biasa dipakai terutama bagi pelajar sekolah

a. Berus mata bulat - paling sesuai untuk buat perincian (detail) pada catan cat air. Makin halus berus, makin halus perincian boleh dibuat.


     Berus pelbagai saiz.


    Berus mata bulat masih boleh guna untuk mewarna permukaan luas.


    Sesuai untuk perincian. Jika guna hujung boleh jadi sangat halus macam pen.


b. Berus mata leper.- paling sesuai untuk mewarna permukaan yg luas. Guna berus ni cepat sikit kerja. Tapi dalam masa yang sama banyak teknik boleh dihasilkan guna berus ni.


     Berus pelbagai saiz


     Boleh warna banyak ruang.


    Berus besar cmni lagi banyak ruang boleh warna. (6,6)




4. Palet
      Panggilan lain bagi bekas bancuhan warna.  ada pelabagai saiz, dan rekabentuk palet.








5. Bekas air
    Pakai cawan , botol terpakai, apa2 belas untuk cuci berus atau simpan air bancuh warna.


6. Kain lap
    Guna apa-apa je kain buruk untuk lap tumpahan air atau keringkan berus.


7. Alatan tambahan.
   
 a. Easel : untuk mudahkan kita mewarna. tak ada pun xpe.



 



Catan : Media basah

Biasanya catan dikaitkan dengan media basah. Apa itu Media Basah? Pastikan anda tidak keliru antara media Basah dengan Media Prima, syarikat telekomunikasi tersebut, ataupun Media Player, pemain muzik atau video dalam komputer tu. Media di sini merujuk kepada alat atau bahan utama digunakan dalam sesebuah karya seni.  Media basah merupakan media @ warna yang bersifat basah atau berminyak. Apa yg dimaksudkan di sini ialah media basah biasanya media @ warna yang memerlukan pelukis (atau utk catan kita panggil painter (BI)- pencatan (BM)) mencampurkan warna tersebut dengan bahan lain seperti air atau minyak untuk mencairkan warna tersebut.

Agak2 boleh faham tak? Kalau xfaham saya mudahkan lagi. Ambil contoh catan cat air. Cat air merupakan media yang menggunakan warna yang hanya boleh dicairkan menggunakan air. Antara media basah lain yang gunakan air ialah cat poster, cat akrilik, dan cat tempera. Cat2 ni biasanya dijual dalam keadaan kering ataupun keadaan basah tapi sgt pekat. Jadi agak sukar nak mewarna dengan warna pekat camni. Jadi, warna ini perlu dicairkan supaya mudah kita nak sapukan warna ni atas kertas atau kanvas. Jika tidak dicairkan, catan kita akan jadi terlampau kering dan kemungkinan besar warnanya akan mudah retak. Media basah ini juga memerlukan air yg bnyk untuk memudahkan kita membersihkan peralatan yang telah digunakan.

Agak2 boleh faham dah? Anda semua biasa pakai warna2 ni cuma anda tidak sedar. Agak2 kalo sebut 'Buncho', kenal kot.. Itu antara media basah paling popular di Malaysia dan di sekolah2 Malaysia. Tapi kita perlu tahu perbezaan antara media2 basah ini supaya mudah bagi kita untuk menguruskan media ini ketika menggunakannya.

Jom kita mula kan satu-satu.

Media basah bukan hanya melibatkan cat air sahaja. Tadi saya dah jelaskan yang media basah juga melibatkan media yang menggunakan minyak. Selain cat air, poster akrilik dan lain-lain media berasaskan air,        media dalam catan juga melibatkan media yang berasaskan minyak seperti cat minyak.

Setakat ini, cat yang biasa digunakan untuk catan berasaskan air ialah :
1- Warna air (watercolour)
2. Warna poster (postercolour)
3. Akrilik

Manakala catan berasaskan minyak yang biasa digunakan pula ialah cat minyak.

1. Catan Cat Air (Watercolour Painting)

Cat air memerlukan penggunaan air yang banyak. Ini kerana secara asasnya, catan cat air merupakan catan yang bersifat lebih lutcahaya (transparent) atau kelihatan nipis atau kurang warna . Catan cat air jarang menggunakan warna putih kerana dalam catan cat air, warna putih biasanya diwakili oleh warna putih dari kertas yang digunakan. Oleh itu warna pada catan cat air biasanya kelihatan lebih pudar berbanding warna pada catan cat poster dan  catan akrilik. Ini bermakna, pengguna warna cat air akan dapat menjimatkan warna kerana apabila lebih banyak air digunakan, lebih kurang warna dihabiskan. Tetapi ada juga catan cat air yang menggunakan teknik yang lebih legap atau tebal (opaque). Tetapi situasi ini jarang. Pencatan biasa menggunakan akrilik untuk catan yang lebih berciri legap.  

Catan cat air lambat kering memandangkan penggunaan air yang banyak pada kertas.

Maklumat lanjut mengenai catan cat air boleh diperolehi di sini.



Contoh catan cat air yang menggunakan teknik transparent.

Perhatikan, warna putih pada kertas sengaja dibiarkan supaya menunjukkan bahagian cerah. Tiada warna putih digunakan. Warnaya pula nampak kurang pekat..







Contoh catan cat air yang menggunakan teknik opaque. Catan ni juga dipanggil Vibrant Watercolour Painting. Vibrant ni lebih kurang maksudnya "warna yang bertenaga". Jadi warna yang digunakan terang, pekat dan menonjol.. Nampak bertenaga gituu... (^ 0 ^)//









2. Catan cat poster (postercolour painting)

Jika cat air pakai banyak air, cat poster pula 'kurang sikit' air berbanding cat air. Warna catnya sahaja dah cukup pekat dan lebih bersifat legap (opaque). Jadi biasanya catan cat poster ni bersifat legap dan 'garang'.. atau kita pinjam ayat tadi "vibrant"... Hehehehehe.. Kita biasa guna warna putih untuk dapatkan bancuhan warna lebih cerah. Warna poster ni paling sesuai digunakan untuk buat poster. Sebab apa yeh warna poster ni dipanggil 'warna poster'? Sebab ciri-ciri poster ialah menonjol, menarik, dan boleh menarik pembaca/pembeli.. Sesuai dengan warnanya yg terang, menarik, ada pulak warna2 'striking' @ xtra terang gitu.. Kombinasi warna poster mmg sesuai untuk memenuhi ciri2 warna pada poster. Teknik2 digunakan pada catan cat air masih boleh digunakan pada catan cat poster kerana perbezaannya yang tidaklah terlampau ketara.

Catan cat poster kering lebih cepat berbanding cat air memandangkan penggunaan air yang kurang sikit pada kertas.

Maklumat lanjut mengenai catan cat poster boleh diperolehi di sini.



Contoh catan cat poster.

Perhatikan, biasanya warna pada catan cat poster akan memenuhi ruang kertas. Warnanya pula pekat belaka. Ini kerana catan poster akan kelihatan lebih menarik apabila bersifat opaque.









3. Catan Cat Akrilik 

Jika dibandingkan ketiga2 cat berasaskan air ini, akrilik merupakan cat paling pekat dan likat. Sifatnya hampir menyerupai cat minyak. Catan ini kurang menggunakan air dan sifat legapnya sangat tinggi berbanding cat poster. Apa yang menariknya mengenai cat akrilik ini, pencatan boleh menggunakan teknik catan cat air dan juga teknik catan cat minyak pada catan cat akrilik. Ini kerana apabila dibancuh dengan air, ianya akan menjadi cair seperti cat poster dan sesuai digunakan atas kertas cat air. Jika tidak dibancuh atau digunakan terus dari tiub, ia akan menjadi seperti cat cat minyak dan sesuai untuk permukaan kanvas.

Catan cat akrilik amat mudah kering kerana kurang menggunakan air. Apabila digunakan terus dari tiub, ia akan menjadi sangat mudah kering. Secara tidak langsung ia sebenarnya menjadi kelemahan akrilik terutama bagi pengguna baru yg memerlukan masa yg lebih untuk berfikir ketika mewarna. Tapi dari satu sudut yang lain, media yang mudah kering sesuai untuk catan untuk pertandingan kerana memperuntukkan masa yang singkat.

Maklumat lanjut mengenai catan cat akrilik boleh diperolehi di sini.

Contoh catan cat akrilik yang  menggunakan teknik catan cat air.. Kalau menggunakan kertas cat air dan masih meninggalkan sedikit warna putih untuk menampakkan bahagian cerah, dikira sebagai menggunakan teknik cat air.




Contoh catan cat akrilik yang menggunakan teknik catan cat minyak. Kalau ada nampak kesan timbul2 kat permukaan kanvas tu kiranya dah pakai teknik catan cat minyak lah tu.

    






Cat Minyak


Cat minyak pula merupakan media berasaskan minyak paling popular bagi pencatan tempatan. Cat minyak sangat likat, pekat, bersifat legap secara maksimum dan tidak boleh dibancuh dengan air. Cat minyak hanya boleh dibancuh dengan minyak sahaja dan biasanya minyak yang biasa digunakan untuk cat minyak ialah minyak linsid. Cara nak bersihkan berus dan bahan digunakan untuk catan ni ialah menggunakan pencair seperti turpentin (minyak tanah) dan thinner. Ada juga org guna petrol, diesel dan lain2. Selagi bahan itu boleh mencairkan minyak, gunalah apa je. TETAPI penjagaan keselamatan sangat penting. JANGAN basuh terus guna tangan. Gunakan sarung getah atau bahan lapik lain untuk mengelakkan kulit turut terhakis. bagi yang kulit sensitif, digalakkan guna sarung tangan getah untuk perlindungan maksimum.  

Catan cat minyak biasanya dihasilkan di atas kanvas. Kanvas ni kain yang agak tebal. Lebih kurang tebal macam seluar uniform sekolah atau pinafore (betul ke eja ni). Kalau nak tebal lagi guna kain tebal mcm seluar jeans. Kelemahan Catan cat minyak ialah sangat lambat kering. Kadangkala boleh mencecah seminggu, terutama jika kita berteruskan menyambung mewarna di atas lapisan cat minyak ni. Jika banyak guna minyak linsid juga boleh menambahkan masa untuk kering. Jadi pastikan anda telah peruntukkan masa mencukupi untuk kering terutama jika catan itu bakal dipamerkan atau dipertandingkan.

Kelebihan catan cat minyak ni adalah ia boleh sentiasa diubah dan diperbaiki. Kita boleh timpa warna atas catan cat minyak ni atau mencampur warna ketika warna telahpun diletak di atas kanvas. Ini kerana ianya lambat kering maka warna masih boleh dicampur selagi warna itu masih basah.  

Kelemahan lain catan cat minyak ni : baunya yang kuat.. terutama apabila dicampur dengan minyak linsid (saya xsuka bau minyak linsid- pening) .. Bila basuh dengan turpentin atau thinner lagi ah kuat baunya. Jadi, kepada yang sensitif dengan bau kuat macam saya, baik pakai akrilik..atau kalo degil juga, pakai topeng hidung ala2 doktor pakai tu (masih xmenghilangkan bau)..

Contoh catan cat minyak :




Maklumat lanjut mengenai catan cat minyak di sini.


Ok. Itu jelah pasal media basah dan ciri-cirinya. Klik link yang disediakan utk tau lebih lanjut teknik, alat dan bahan dan cara penghasilan catan2 tersebut. Ok. nak tido..

Friday, 21 September 2012

Jom Buat! Lukisan Objek Pegun @ Still Life

Maklumat mengenai objek pegun atau still life ada di sini

Mari mencuba melukis objek still life langkah demi langkah...!

Klik pada gambar untuk merujuk proses lukisan still life.


Cara ton:
 




Cara warna (soft pastel):

 




Video cara melukis still life :

Kalau nak melukis, lebih baik tengok video daripada tgk gambar step by step. Lebih jelas, lebih mudah. 







Objek Pegun (Still life)

Apa itu Objek Pegun atau Still Life?

Still life merupakan objek@barangan yang disusun mengikut susun atur tertentu dan sesuai sebelum sesuatu lukisan atau catan itu dihasilkan. Biasanya Still life menggunakan objek sebenar pada situasi sebenar dan pelukis akan melukis objek tersebut sambil memandang objek tersebut. Objek biasanya disusun di hadapan pelukis atau sebelahnya, bergantung kepada sudut pandangan yang pelukis selesa.

Lukisan still life boleh menjadi agak rumit memandangkan pelukis perlu sentiasa melihat objek untuk memastikan kadar banding tidak berubah kerana perubahan pada sudut pandangan atau kedudukan objek akan menyebabkan perubahan pada lukisan dan situasi akan menjadi sukar bagi pelukis.

Lukisan still life umumnya merupakan lukisan benda yang tidak bergerak seperti kerusi atau objek2 lain. Contoh still life termasuklah objek alam (buah, pokok, batu, makanan, bunga, atau kulit2 kerang dll), dan objek buatan manusia (pinggan mangkuk, buku, pasu, perabut, kain, pakaian dan lain-lain)Sesetengah pelukis amatur (baru) yang masih tidak pandai melukis secara terus akan mengambil jalan mudah dengan mengambil gambar susun atur objek tersebut dan melukis berdasarkan gambar yang diambil. Tak mengapa, selagi objek tidak bergerak, ia masih dikira sebagai still life.


Jadi, kalau anda berminat untuk mula melukis, boleh lah mulakan dengan melukis still life.


Contoh karya Still Life  :
















Cara melukis, lihat di sini.